Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011


Pak Jabit, seorang lelaki yang usianya sudah lanjut pergi ke klinik gigi berniat untuk memasang gigi palsu.Pak Jabit ingin memasang gigi palsu kerana dia terlalu mengidam memakan keropok lekor. Setelah beberapa lama , gigi Pak Jabit pon selesai di pasang. Pak Jabit bertanya”berapa jumlah bayaranya doktor”????????

doktor menjawab” : hanya RM350 saja pak cik”.
"ini duitnya doktor, RM400..simpan bakinya doktor tau"
Lalu Pak Jabit memberikan wang lalu terus ingin pulang.
 Tak jauh dari kaunter, Pak Jabit di panggil semula oleh doktor tersebut.
“Pak Cik, ini wang  palsu semuanya, tak laku wang ini pak cik”????
Pak Jabit pon menjawab dengan tenangnya, “iya la, memang benar”.
Doktor tiba- tiba dengan penuh kehairanan ,
"kenapa pak cik bagi wang palsu kepada saya??
"EH, betul la kan doktor, doktor juga memasang gigi palsu bukan gigi tulen".
hehehehhehehehehhe.,..,.,,.,.,.,.,.,,,.,.,.,.,.,.

p/s:kesian doktor tue...

Posted on Wednesday, December 28, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Monday, December 26, 2011



Pak Johan adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Enot telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Johan yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Johan pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Johan begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Johan menjawab, “Sebenarnya sebelum Enot hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.“
“Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh…“

P/S: Ada gak orang macam ni ye. Kurang asam punya laki. Kah kah kah….

Posted on Monday, December 26, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Sunday, December 25, 2011



Pak Pandir dan Mak Andeh risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru,sekejap hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak.

Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu.

Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan,petang baru balik."

Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50,sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.


Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman.

Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

Pak Pandir dan Mak Andeh terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan belakang,kemudian masukkan kedalam poket.

Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andeh lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.

Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."

"Kenapa paknya?" Tanya Mak Andeh.

"Ondeh akan jadi ahli politik!"

Posted on Sunday, December 25, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments



Ada seorang awek , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak. 

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Awek tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....." 

Bila mendengar laungan awek tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." Bagerooo..." sedap jer cakap babi...." 

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Awek tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali. 

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh awek tadi. 

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....heheheheheh

Posted on Sunday, December 25, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Saturday, December 24, 2011


Johan dan Zizan (bukan nama sebenar) baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Johan dan Zizan bersuara “Fuuufff…terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje“.
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: “Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??“
Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah…”Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!“
P/S: Sedarlah yang kita semua akan mati dan masuk ke dalam kubur. Beramalah sebelum terlewat. Akan tetapi, walaupun telah putus semua amalan kita tatkala kita mati, tetapi ada 3 amal yang masih berjalan, iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariyah kita. Hari ini, amal apa yang telah kita buat untuk kehidupan akhirat?

Posted on Saturday, December 24, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Monday, November 7, 2011

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. 
"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli. 
Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis,
   “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?”....
 “Dah, apa citer ni ?” tanya Ramli dlm hati.
 Separuh malam dia terbaring berfikir.
        “Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri,
 “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?”...
 “kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.
 Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’ “Lah..” keluh ayah Ramli, “aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?” 
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet… (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”. “oh. cam tu.” sengih ramli, “baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!”
Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. 
“lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up” tertanya2 si Ramli. 
Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata,
 “Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?” Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun…
 “Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun..masih takde jawaban…
 Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?” Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, “Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir…!”
p/s : pepandai la len kali nak berpikir erk....hahak


Posted on Monday, November 07, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments