Showing posts with label fakta yang anda perlu tahu. Show all posts
Showing posts with label fakta yang anda perlu tahu. Show all posts

Thursday, September 27, 2012


Assalamualaikum warahmatullah teman sekalian. Sudah gak bersawang juga page jat sebab lama tak update. Bukanya malas tapi masa terlalu jelous sangat sehinggakan tak sempat nak berbelog ni.
Kali jat nak share dari seorang reader ni, tentang perbuatan tuduh menuduh secara melulu ni. Memang kesian kepada sesaiapa yang terkena tuduhan melulu atau lebh dikenali dengan FITNAH. Allah telah berfirman:

“Katakanlah (hai Muhammad) : Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus (jalan yang ditempuhnya).” (Al-Isra’ : 84)

An-Nahl : ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu ...dengan hikmah, dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

“Seorang mukmin itu terhadap mukmin yang lain adalah laksana bangunan, yang sebagiannya mengukuhkan sebagian yang lain”

“Barangsiapa yang berkata pada saudaranya ‘hai kafir’ kata-kata itu akan kembali pada salah satu diantara keduanya. Jika tidak (artinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh)”.

“Tahanlah diri kalian (jangan menyerang) orang ahli ‘Laa ilaaha illallah’ (yakni orang Muslim). Janganlah kalian mengkafirkan mereka karena suatu dosa”. Dalam riwayat lain dikatakan : “Janganlah kalian mengeluarkan mereka dari Islam karena suatu amal ( perbuatan)”

“Siapa yang memanggil seorang dengan kalimat ‘Hai Kafir’, atau ‘musuh ALLAH’, padahal yang dikatakan itu tidak demikian, maka akan kembali pada dirinya sendiri”.

Sungguh adakalanya seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikan, tiba-tiba ia tergelincir ke dalam neraka oleh kalimat itu lebih jauh dari jarak antara timur dengan barat”.

Didalam surat An-Nisaa [4]: 94 artinya; “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan ALLAH, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan ‘salam’ kepadamu ‘Kamu bukan seorang mukmin’ (lalu kamu membunuhnya)

janganlah kamu merasa sudah bersih, Dia (ALLAH) lebih mengetahui siapa yang bertaqwa.” (An-Najm : 32)

dengan begitu banyak ayat di atas masih BERANI kah kita MENUDUH seseorang ??? apalagi sesama MUSLIM tanpa bukti yang kukuh lagi ???

jadikan UKHWAH tidak cuma di BIBIR saja.

Pernah sahabat dan sahabiah semua dengar ungkapan ni :

"Orang gila pun takkan mengaku dia gila...Pencuri pun takkan mengaku dia pencuri...Dia jahat takkan nak mengaku dia jahat...Tapi bila dia baik dia mengaku pulak dia baik".

Memang ada sesetengah orang, buat baik sekali, sampai nak mati pun dok ungkit lagi apa yang dia buat baik yang sekelumit tu. Jangan la macam ni sahabat, biar apa yang kita buat tu kita ikhlaskan amalan kita. tak payah nak canang-canang dalam facebook ka dalam blog ka dalam inbox ka yang kita ni baik sangat...orang lain jahat sangat dimata kita.

Boh seringgit ja dalam tabung masjid, tapi dua puluh hari dok habaq kata dah derma kat masjid tu...... Apa la kesnya. Ada orang kata, kadang-kadang bila kita update status ka ataupun taip macam ni dalam blog kita, boleh tengok level emosi kita. tak kisah la kita cakap atau taip, semua tu mesti dimulakan dengan nawaitu dan cara pemikiran kita.

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)


“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

(Surah al-Nahl: ayat 43)

“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)

Apa tuduhan yang paling kejam???

Yang paling menyayat hati bila kita selalu buat tuduhan pada orang lain yang kadang-kala kita tak tahu pun asal usul cerita. Ada kalanya kita hanya dengar dari sebelah pihak, dan kita terus buat tuduhan atau pun kita lihat pada mata kasar dan terus membuat andaian sendiri tanpa usul periksa. " ooooo dia ni jahat, dia tu baik,kau layak jadi macam ni,kau tak sepatutnya macam tu dan macam2 lagi tuduhan2 yang tak berasas ... Siapa kita nak label seseorang macam tu ????

Siapa la kita ni. sama macam manusia lain. buat dosa jugak, bukannya bijak sangat nak label-label orang, ALLAH SWT saja yang tau dan hanya DIA saja yang layak nak melebel hamba2Nya. Jadi tak timbul perkara nak aibkan sesiapa.

Ada jugak pihak yang menghentam, tak termasuk jugak pihak yang mendoakan keburukan seseorang. sangat tersentuh bila ada yang sanggup menuduh melakukan perbuatan yang dilarang agama. bila terfikirkan perasaan hati orang2 yang menjadi mangsa tuduhan ini bagaimanakah perasaan kita apabila kita ditempat mereka??. situasi kita mungin tak sama dengan dia, jadi jangan menghentam membuta tuli.

Doakan saja apa yang jadi semua ni adalah iktibar dan banyak hikmah di sebaliknya. bagi sesipa yang ada mind positive lebih pasrah dengan kehendak Tuhan, dan bagi sesiapa yang ada mind negative, cuba kita bawak sabaq sikit. Dalam apa-apa hal pohonlah keredhaan ALLAH dan perlindunganNYA supaya kita tak terjerumus untuk menambah dosa aibkan orang sesuka dan sesedap rasa.


Ingat la wahai teman,jangan suka menuduh sebarangan jika anda tidak mengetahui perkara yang benar....


P/S : Dunia akhir zaman yang dipenuhi dgn pelbagai fitnah....nauzubillahi min zaalik.

( Nota ini tidak ada kena mengena pada sesiapa sekadar perkongsian & peringatan buat diri saya yang masih belum sempurna andai ada yang terasa dng tulisan ini maaf saya tidak berniat mengguris hati sesiapa yang baik kita ambil yang buruk kita jauhkan. )

rencana dari:Nor Azita

Posted on Thursday, September 27, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Friday, June 15, 2012

Klik gambar untuk paparan lebih jelas >>>>

PERHATIAN!!
Bagi umat yang beragama ISLAM 
saya mohon kerjasama anda untuk
luangkan sedikit masa untuk
tumbangkan page ini: 


1-  Leaving Islam-apostates speak out
2- Muhammad-Speaks 
3-  PretmetMohammed


Page ini terang2 menghina Allah swt,
Islam dan Nabi Muhammad saw. Lakukan beberapa perkara di bawah, mudah2han page tersebut berjaya dilumpuhkan insyallah......sebarkan kepada rakan2 semakin ramai yang report, semakin mudah dan cepat page berkenaan di hapuskan dari
FB.....insyallah...kalau anda semua nak tengok salah 1 hinaan yang dibuat oleh page tersebut ini salah 1 buktinya...


mohon share kepada member agar cepat dimusnahkan


Cara Report Page Laknat > KLIK SINI <

ikuti langkah yg berada didalam gambar  diatas ni ttg cara report page untuk dimusnahkan 


P/s : Tak kan kita yang beragama islam nak diamkan diri sahaja,apabila ade yang mghina agama kita.Mari kita bersama-sama tumbangkan pages ni.Allah bersama kita.


untuk agama kita, untuk Islam, untuk Rasullallah, dan untuk Allah..
sama- sama kita hapus kan page yg menghina agama kita...
jangan lupa share kepade kawan2.... terima kasih atas jihad anda semua ini. Membangun bersama Islam

Posted on Friday, June 15, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Wednesday, May 23, 2012


Assalamualaikum..entry kali ini jat just nak share la satu perkara yang mungkin korang tahu kot..Ini cerita pasal para remaja atau anak melayu la..tapi bukan sebarang remaja ni, tapi jenis remaja melayu MURAHAN...entry ni bukanlah untuk merendahkan maruah anak Melayu itu sendiri, tapi cuma memberi pengajaran kepada yang berkenaan supaya sedarlah diri anda semua...
Ini antara ciri- ciri yang dapat dikongsikan kat sini:

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' (gerliew la are yart yank kor guner twoo..)

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..



Nie la duck face kan??? ...Ahaks... Aku n member aku gelak tak berenti nengok gambar nih... Tak takot ka kena kutok ka pa ka kn.. Tapi dia brani letak gak tu, so dia mesti berani tanggung... So, dont blame us!

-rasa cam nak tembak cam mamat kat atas ni baut aja bila tengok dak pompuan yang buat mcam ni-

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau gn tunjuk 'buah dada' tu??



Post ini adalah dari satu sumber dan telah diubahsuai sedikit kandungannya supaya lebih bersopan dan sesuai untuk bacaan umum.

p/s:  pikir-pikir la sikit...dunia sekarang kalau nak buat bini tak da la cari cam ni dah...susah nak bawak masuk syurga la..sekurang-kurangnya macam ni pon x pa dah kot ka...


-semoga Allah pertemukan jodoh dengan sebaik- baik pilihan-NYA ..

Posted on Wednesday, May 23, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Saturday, May 19, 2012


Rogol!!! Cabul!!! Perkosa!!! Ragut!!! dan sesetengah tu sampai bunuh!!!

Apa pasal semua ni selalu jadi kepada perempuan?
Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya perkara- perkara seperti ini adalah seperti berikut:
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan bermaksud  percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksudnya ialah mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

2. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ka, persatuan wanita di kawasan anda ka, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Kebnyakan golonngan belia dan remaja la yang selalu bersosial sebegini. Selalu berparti di Night Club akan menjadi mangsa kepada lelaki pemangsa.
So, control lah dirimu wahai wanita.

3. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?
Wanita berilmu yang ingin saya sampaikan di sini adalah wanita yang mementingkan ilmu kehidupan seperti memgetahui tahap perhubungan antara lelaki dan perempuan, mengetahui pada siapa dia ingin mengadu dan tahu menyelesaikan segala permasalahan.

Yang selalu menjadi masalahnya adalah wanita yang apabila mempunyai masalah sahaja, lelaki atau boyfriendnya juga lah yang dicari. Memanglah "sharing is Caring" tapi sharing la pada tempat yang betul. Oleh itu, wanita perlulah meletakkan pada tempat yang betul haknya sebagai seorang wanita, bukan lah teman lelakinya yang didahulukan, tapi keluarga dan Penciptanya yang lebih diutamakan dulu.

4. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati? awwww....

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK BERAPA “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang LEBIH “handsome”?
"dont judge a book by the cover" ha..pandai pon sebut.. So, amalkan lah wahai wanita semua.
Jangan terlalu memilih dan menjadikan lelaki "handsome" dan "cute" adalah ciri utama, tetapi cari lah lelaki yan berbudi dan berilmu, itu yang utama.
Ini adalah peringatan untuk kaum wanita semua!!!
Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

5. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Wanita seperti selalunya akan risau terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

P/S: Ingatkah...kalau hendak orang jaga diri kita , kita dahulu yang perlu menjaga diri sendiri..jaga aurat dan pergaulanmu maka selamatlah kamu wahai wanita.

Posted on Saturday, May 19, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Tuesday, April 3, 2012

.:: ASSALAMUALAIKUM ::.

Mitsubishi Evo , Nissan GTR Skyline , Subaru , Toyota Caldina , Mc Larren , BMW ,  Honda Type R ....
hah, apesal la jat tetiba rajin pulak kan nak senarai jenama- jenama kereta mewah ni kan. Ala, hampa semua mesti da cita- cita dan impian  kan.
Sama la jat pon, antara impian jat adalah nak memiliki kereta mewah. ha...kereta mewah ...
macam kereta jenama kt atas tadi la. 
nak tengok kereta mewah cam mana erk??
ha..tengok bawah ni.

-agak- agaknya cukup mewah tak kereta atas ini? - 

TAPI KAN ... hampa nak tau tak disebalik kemewahan kereta tu juga.
Cukai Jalan...apa?? tak tau apa tu?
Road Tax tau kan??
hee. nak tau tak berapa cukai jalan kereta tadi ?


-nampak taj berapa tue??
RM 24,598.50.......*GULPP..TERTELAN AIR LIUR 

Mampu tak nak bayar tu? kalau mampu bayar insyallah da harapan la nak beli keta ala-ala macam kereta batman ni.


hahak...ni satu lagi kereta yang sangat femous di kalangan pemuda- pemuda kaya sekarang.

p/s: mak ai..dia punya cukai jalan lebih kurang gaji mak aku setahun la...

Posted on Tuesday, April 03, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Wednesday, March 14, 2012

 


1. GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

3. GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.


4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

5. GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.


6. GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Posted on Wednesday, March 14, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Wednesday, February 22, 2012

assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh...
hye u alls...selamat berjumpa kembali..lama sudah tak update kat sini..banyak omitmen dekat perkara lain( sibuk kalahkan PM suda)
Pelik juga kan tajuk entry jat kali ni kan...he..
tetiba la plak petang ni jat rasa cam nk masukkkan entry yang tak pernah jat post la..bab kesihatan hahak...
khasiat pokok semalu..

Khas buat ladies yang sudah berumah tangga ni..

Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.
Tetapi, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman.

“Caranya adalah ambil beberapa batang pokok sumalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.

Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum.

 Pokok ini da juga khasiat lain kalau nak tau, Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air.

“Caranya senang saja. Ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.
Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut, insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh.
 p/s : sekali sekala balik semula zaman orang dulu - dulu tak salahkan...asalkan menjadi tu yang penting
udah bace tu komen la satu erk~~


Posted on Wednesday, February 22, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Thursday, December 29, 2011


Air kelapa memang sudah diketahui umum memiliki banyak khasiat, khususnya untuk wanita hamil, tetapi air kelapa juga baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga berkhasiat sebagai minuman anti-penuaan.
(kpd sesiapa yang nak jadi nenek kebayan and nak kekalkan wajah beseri tu)
Para ilmuwan India mengatakan, satu cawan air kelapa mengandungi sekitar 46 kalori, sedangkan santan kelapa mengandungi 550 kalori. Mereka percaya air kelapa dapat membantu
menurunkan berat badan, kerana rasa manis air kelapa membantu kita melupakan sementara untuk menikmati makanan dan mengatasi keinginan yang besar untuk makan. 

Air kelapa tidak mengandungi lemak, tetapi banyak mengandungi gula semulajadi dan mineral, dan juga kaya magnesium, potassium serta serat. Air kelapa juga menjadi pengganti cairan tubuh yang kurang, komposisi khusus elektrolit yang ada di dalamnya. 
Komposisi air kelapa bentuknya seperti plasma, kerana itu semasa perang dunia dahulu, air kelapa digunakan sebagai larutan garam.
Kepada yang ingin menurutkan berat badan tu, anda tidak perlu ke Slim World ka, London Wieght Management ka, pa lagi erk...haaah, minum ja air kelapa .Ubat tradisional lebih baik  daripada Rawatan moden .

p/s : kepada kengkawan jat yang dekat luar tu yang nak jadi kurus dan nak diet tue, amalkan la minum air kelapa(untung lamak cik jual air kelapa lepas ni)hihi

Posted on Thursday, December 29, 2011 by IZZAT ZAFRI

1 comment

Wednesday, December 28, 2011


ASSALAMUALAIKUM..
salam sejahtera kepada semua reader sekalian..kali Jat nak bagi sikit fakta(ya ka???) yang mungkin tak ramai tahu. Fakta tentang lelaki..(malu pulak aku nak cita nih). Sebenarnya fakta ni mungkin boleh jadi panduan buat ladies yang dekat luar tu bagi yang sedang mencari kan, so bolehla gunapakai benda- benda yang Jat bagitau dekat bawah ini.



1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya, bekas kekasihnya, walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
10. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah 'bekas kekasih anda'.
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.
12. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.
13. Sesekali, lelaki juga menangis. Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. Lelaki adalah makhluk 'simple', mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang ' negatif'.

17. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.(fakta)
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih  (suami) anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (baca: merayu anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.
22. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?.
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami.
24. Lelaki benci gay! Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya???.
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<Jat la orang tu.

26. Lelaki akan menyimpan sebahagian 'wangnya' hanya untuk membeli 'hadiah kecil' (paham- paham la kan)  untuk anda nanti.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu.
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan perempuan saja yang gemar bergosip, lelaki juga selalu bergosip ketika bersama-sama kawannya.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan' terbuka' tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain. Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
45. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya, termasuk anda.
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda.(takut la tu)

49. Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

p/s: tetapi tidak semua lelaki macam ini  kan?










[ sudah baca harap komen erk..tekieuuu]

Posted on Wednesday, December 28, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments



[Foto : Elena, 10, ternyata lebih matang daripada usia sebenar di samping sepupunya berumur 13 tahun yang juga bapa kepada bayi  tersebut]

Inilah wajah ibu muda berusia 10 tahun, Elena Chiritescu, keturunan Romanian gipsi, yang menggemparkan dunia Eropah baru-baru ini apabila melahirkan anak di sebuah hospital di Spain. Pasangannya ialah Gheorghe Mecic, 13 tahun yang juga merupakan sepupunya. Mereka tinggal bersama nenek di rumah  keluarga sepupunya kerana ibunya bekerja di Spain setelah kematian suaminya. Elena disahkkan oleh pegawai pendaftaran dilahirkan pada bulan April 2000. [daily.mail.co]
 p/s : terasa tua la  pulak jat bila da ada orang muda dari kita da pon ada anak.

Posted on Wednesday, December 28, 2011 by IZZAT ZAFRI

1 comment