Showing posts with label my journy. Show all posts
Showing posts with label my journy. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Klik gambar untuk paparan lebih jelas >>>>

PERHATIAN!!
Bagi umat yang beragama ISLAM 
saya mohon kerjasama anda untuk
luangkan sedikit masa untuk
tumbangkan page ini: 


1-  Leaving Islam-apostates speak out
2- Muhammad-Speaks 
3-  PretmetMohammed


Page ini terang2 menghina Allah swt,
Islam dan Nabi Muhammad saw. Lakukan beberapa perkara di bawah, mudah2han page tersebut berjaya dilumpuhkan insyallah......sebarkan kepada rakan2 semakin ramai yang report, semakin mudah dan cepat page berkenaan di hapuskan dari
FB.....insyallah...kalau anda semua nak tengok salah 1 hinaan yang dibuat oleh page tersebut ini salah 1 buktinya...


mohon share kepada member agar cepat dimusnahkan


Cara Report Page Laknat > KLIK SINI <

ikuti langkah yg berada didalam gambar  diatas ni ttg cara report page untuk dimusnahkan 


P/s : Tak kan kita yang beragama islam nak diamkan diri sahaja,apabila ade yang mghina agama kita.Mari kita bersama-sama tumbangkan pages ni.Allah bersama kita.


untuk agama kita, untuk Islam, untuk Rasullallah, dan untuk Allah..
sama- sama kita hapus kan page yg menghina agama kita...
jangan lupa share kepade kawan2.... terima kasih atas jihad anda semua ini. Membangun bersama Islam

Posted on Friday, June 15, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Wednesday, June 13, 2012


Ketika kita sudah tidak cukup masa untuk membuat persediaan untuk peperiksaan ???
apakah persediaan yang penting untuk memastikan kita memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan membawa keyakinan yang tinggi.
Berikut adalah persediaan -persediaan yang penting berdasarkan pengalaman Jat sendiri yang melalui berpuluh-puluh peperiksaan dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading.Jat fikir, persediaan ini sesuai bagi semua peringkat peperiksaan.


Antaranya ialah:

1. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini. Ingat !!! nota tu jangan buat lupa pulak terbawa masuk dalam dewan peperiksaan nanti.hehe

2. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita pelajari.


3. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.

4. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


5. Restu Ayah dan Ibu
Perkara terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”


6. Memohon Guru Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.

7. Memilih kawan yang sesuai
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.Dan jangan lah juga kita menjadi kawan yang hilang diwaktu kawan kita memerlukan. Jangan pentingkan diri sendiri.  Mungkin ada kawan kawan yang memerlukan pertolongan kita, maka bantulah mereka yang memerlukan.

8. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.

9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.

10. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu orang lain untuk menganjurkan malam qiamulail  untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.

11. Tawakkal 
Dan yang terakhir adalah bertawakkal lah di atas segala usaha yang telah kita lakukan selama ini. Kita perlulah berserah kepada Allah kerana kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan, tapi jangan kita lupa "Man Jadda Wa Jada " = siapa yang berusaha dia akan dapat.


p/s : Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga pesanan ini bermanfaat.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon beribu kemaafan diatas salah silap saya jika sedikit sebanyak penulisan saya ini ada yang menguris perasaan mana- mana pihak secara lansung ataupon tidak. Segala kekurangan ini saya mohon diperbetulkan dan menjadi iktibar kepada kita untuk masa akan datang.



Posted on Wednesday, June 13, 2012 by IZZAT ZAFRI

1 comment

Wednesday, May 2, 2012


Assalamualaikum...entri sebenar jat dapat idea nak tulis bila jat terziarah belog seorg gadis ni qeysahbaby . Dya tulis entri tenteng kawen muda..jat pon nak tulis bab kawen muda ni juga...bukan sebab apa pon...juz nak jawab balik ja persoalan dan kenyataan yang telah diluahkn oleh seorang gadis.
Kat sini jat nak share la plak pandangan bagi seorang lelaki dekat sesiapa lelaki tambahan gadis yang pernah menerima lamaran ataupun risikan dari mana- mana lelaki sebelum ini.
Sebenarnya banyak sebab kenapa seseorang itu mahu kawen muda.

- indah bila melakukan perkara ibadah walaupun ianya susah, tetapi peritnya bila melakukan perkara haram walapun ianya seronok dan indah-

Pertamanya adalah sebab nak mengelakkan dari maksiat. Statement mcam ni dah bercambah kan. Yup. memang tepat sekali.
Mesti ramai gadis diluar sana yang selalu cakap kawen muda ni akan mendtangkan masalah jika tidak cukup preparation kan. Adakah anda semua yakin bila sudah tua preparation mereka sudah cukup?
Pengalaman awal ini akan lebih menguntungkan. Jika mereka yg berumur 20 tahu sudah berkahwin, sedangkn rakan2 sebaya masih lagi berseronok2 lagi tidak seperti pasangan muda ini telah pun mempelajari ilmu rumah tangga pada usia tersebut.
Jika usia mereka pada 35 tahun nanti, agak2nya siapa yang lebih banyak pengalaman? unutngkan?

Kekadang jat selalu ternampak pasangan couple dkt shoping 2 comex kan, brjalan2 berpgang tangan dan sebagainya. Kadang2 jat tertanya2 juga la, unutngnya mereka ni dapat pahala free jika sudah berkahwin, tetapi jika sebaliknya, bertapa bnyaknya dosa yg telah dilabur. Mudahnya nk dapat pahala jika sudah kawen. hanya mempraktikkan apa yag pasangan cople sllu buat.
Klw sebut pasai ekonomi selalu ini yang akan membuat para wanita diluar sana berfikir brkali2 untuk kawen awal. Adakah anda semua tahu, tujuan asal nikah itu adalah untuk meghalalkan apa yang haram, itu saja pada permualaannya.tetapi masyarakat sekarnag sudah terlalu memandang kearah lain tujuan sebenar nikah itu dilaksanakan. Islam ini luas. Janganlah jumud(berfikiran sempit) dalam soal hidup ini. Cuba membuak kotak fikiran anda, Tujuan utama nikah itu apa?
 untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut lagi tentang kawen muda ini, boleh lah tonoton klip video ini.


p/s: jika jodoh sudah datang kepada kamu, janagn lah kamu tolak jika cukup agamanya, cukup sifat kerana itu adalh pilihan terbaik buat kamu yang telah diutuskan untuk kamu.

Posted on Wednesday, May 02, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Friday, April 27, 2012


Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain



.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

Sumber

Posted on Friday, April 27, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Tuesday, March 20, 2012


Assalamualaikum sekalian reader semua..
pergh..entry jat kali ni agak jiwang sikit ..okeyh..
alah..selalu suka post yang biasa2 aja kan, sekali sekala post la yang sedikit kearah jiwang sikit la kan.

Apa? tengah dilamun cinta??
nah amik puisi kat bawah ni...sedap juga kalaw baca sambil dialun lagu lagu instrumental nih...hihik

Jangan pikat WANITA kalau anda tak bersedia cintakan dia..
Jangan buat WANITA jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia..
Jangan memberi WANITA harapan kalau anda tak pasti..
Jangan sakiti hati WANITA kalau anda tiada hati untuknya..
Jangan mainkan perasaan WANITA kalau anda tiada perasaan untuknya..
HARAM jika jadikan kekasih tetapi tiada niat untuk NIKAHinya...















hanya lelaki soleh menanti jodoh yang paling sempurna akan ditentukan oleh ALLAH kepadanya..disamping itu, berdoalah kepada Allah supaya diberikan jodoh yang terbaik padanya.
"Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik"
Ayuh la berusaha menjadi lelaki yang baik sesungguhnya wanita ynag baik hanya menunggumu~~

p/s : mood seorang jejaka apabila umur sudah mencecah 20 an...

Posted on Tuesday, March 20, 2012 by IZZAT ZAFRI

2 comments

Sunday, January 22, 2012

---Assalamualaikum...warahmatullahiwabaraktuh (doa jat sama erk)---

Salamat Tahun Balu Cina ..hehe..(to all my Chiness prenz ja tau..
Amacm hari, cuti ada bes ( ala- ala ayat KL Gangster )
Ha!! semua orang da start cuti da kan??? mesti bes la dapat jumpa and berkumpul ngan family masing- masing kan. Jat da tinggal sehari lagi ja untuk bersama keluarga terrrrrsayang sebab esok dah kena balik kampus da... almaklumlah la orang yang terbanyak aktiviti Ko-ko kn..hehe (nasib hang la jat oii...siap badan ja la)
Nak  tau ka Ko-ko pa yang jat join la ni??? nak tau cita kena la belanja dulu..he..(melawak aja la)
Ishhh..tengok tuh ...da melalut sangat panjang bila nak intro..suka sgt macam ni kan...
Sebenarnya Jat nak story skit ja la kat sini..Hari- hari terakhir Jat bersama My family la..
Sebenarnya ari ni Family jat telah pg melancong kat oversea tw..(eeuww...perasan la)
Our trip ni actually x plan po lansong tw..Mak la yang tetiba gtw kt Abah nak kuaq shopping tyme Raya Cina ni...
Abah dengan mulutnya yang sgt lancar berkata- kata mengiyakan ja...tp kt mna????
Abah : "jom p Thailand!" ha??? (bior betoi..)
 Ha..tu la intro mcm mna aku boley sampai dekat sini...

Ha..."Welcome To Thailand"
di sini la bermulanya Mak dengan konco- konconya ber'shoping; sakan(kami adik beradik la tu)
Dekat sini kaau ada duit 1k pon x cukup la asanya..ditambah pula nafsu nak membeli yang menebal sangat tu kn..
Tapi yang palimg syok adalah aku menjadi salah seorang orang kaya baru bila mana aku dapat bershoping yang paling kaw dalam hidup aku...aq beli Seluar dengan harga 600, baju 450 wow...da dekat 1K aq ber'shoping kan...hehe
Jangan terkejut la tw...Kita bila nak membeli dekat Thailand kan, kita akan menjadi salah seorang hartawan muda baru tw...sebab aku membeli air minuman dengan harga yang tinggi kot...klw dekat Malysia pon tak pena la sampai harga macam tuh...
ececehhh...Berposing bajet la tuh...(nasib aq da crop skit gmbor ni...klw x mmg nmpk la ketamakan aku dalam ber'shoping )

Siyesly la Jat cakap kat sini klw sapa nafsu kuat terhadap ber'shoping ni kn, di samping dengan poket yang tengah kembung kan, memenag penuh tangan la bila otw blik tuh..silap- silap terpaksa la kena sewa troli sebab banyak sanagt barang nak bawak kan...

eh...da juga my lovely sis ni... Beriya-iya ja ngan hat dya yang color pink tu kn..hu



eh...da nak kuaq da ka??
laa...sat sangat la rasanya bila sibuk- sibuk belaka nak ber'shoping..huuu
tp rasanya memang tak puas la kalau datang sat- sat ja...sebab kalau nak beli kan, kena pandai la tawar harga. cara nya mudah aja...pandai cakap siam ja..." ยินดีต้อนรับสู่ประเทศไทย "...
haha,,,medaii..kap sohounn...wang pancjannn..
da rasa macam aku jadi orang siam la pulak tadik...kongkrai- kongkrai da skliling aku cakap siam..hurm...lepas ni kalaw nak shopping kat Thailand kena bagi boley la cakap siam dulu..baru boley dapat harga murah kan..hee...
Okey la...Jat da penat jalan da siang tadi berjalan lebih kurang bapa kilo tak tawu la...hurm...
Tetiba la pulak tangan ni asa cam nak jem ja urat dya ni...sebelum 'Crem' baik Jat stop lu kn..bila nanti da story yang bez-bez Jat share kat sini erk..

p/s : Hargailah jiran kita ..hehe

Posted on Sunday, January 22, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Sunday, January 1, 2012

==ASSALAMUALIKUM==


first of all...I want to wish to all of readers...

Happy New Years!!!
hurray!!!
(ok, sudah tamat ke'poyo'an di dalam ber'speaking' )
rasa hati ini dah bercampur-baur gembira, sedih, suka, duka dan macam-  macam lagi lah
apa tidaknya..
dalam tahun 2012 ini la umur aku akan mula berubah angka depanya..
jika sebelum ni 19..akan menjadi '2'0..dah  naik menjadi angka 2 da tu..
huhu...sebaknya bercampur gumbira..hihik
 apa pon yang terjadi...
ini menunjukkan masa @ jangka hayat  kita hidup semakin  hari semakin bertambah..
TAPI...
bertambahkah amalan kita???
(muhasabah dalam diri )

p/s : sedang menaip dalam keadaan demam, so sorry to all my friend..all my fault hopefully give me appologise for it..
- sambut tahun baru dengan panadol 'solubel' aja tahun  ini..cedey ja..


Posted on Sunday, January 01, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Tuesday, August 30, 2011

alahamduillah la, arini telah tiba masa yang dinantikan. akhirnya tiba jga 1 syawal dalam hidup kita suma, semoga ramadhan tahun ini menjadi ramadhan terbaik dan paling berkualiti.

ha, bila tibanya 1 syawal yang merupakan hari raya bagi seluruh kaum muslimin  di seluruh plusuk dunia. di malaysia hari raya semestinya menyambut dengan mengdakn rumah terbuka, tak kira la besar ka kecik ka, tp undangn yang bertimpa-timpa menjemput unutk meghadiri ke 'open house ' depa aq cuba sedaya upaya memenuhi jemputan depa.

so esok kna la aq mula simpan 'space ' beda2 nak masukkn ktupat, nasi himpit, n serunding dll. mkan yang jika aq senaraikn opcoz full post aq kali ini.
isi la 'kaw' punya perut. p aq agk kesian la dkt depa yng da agk slim skit 2 time posa aritu tetiba raya ja da nek 2 kali gnda pulak dah..haha
nahai, len kali kalw agk2 da x boley da msuk mknan 2 tapau ja la. hahak..agk2 la noh...kita ni cuma nk mearpatkn ukhuwah sja kn.
tujuan kita berhari raya ni mestilah jelas kn, klw nk sentai makn ni, x raya pon boley kn, tp klw kita nk berjum,pa da memohon ampun kpd suma sanak saudara jiran2 tetangga ni ini lah masanya . hanya msa hari raya ni la kita sebaik-baiknya guna masa dan kesempatan ini untuk memohon maap. tp klw la da bukan hari ray nanti tetiba baru nak mintak maap nanti x pasai jadi macm ni plak....

pada suatu pagi yang cerah..
hassan: mak ton, pagi ni saya jumap mak ton ni saya hany nak mintak maap ni, segala silap saya mntak diampunkanla erk, halalkan makn minum saya mak ton.

mak ton : isk apa kejadah hang ni???aq heran la. tetiba sja hang nk mai mintak maap plak dah ni...nk mati da ka pa budak ni..

*ha, klw da abih posa kang tetiba baru nak mintak maap kn nanti jadi macm diatas pulak kkn...so manfaat kn la bro. and sis. sekalian okeyh hari raya ini..janagn ingat nk melantak sja okeyh...nanti abis raya denagn masa tu juga la dpt pingat PJK da,,,hahak..
okeyh la kengkwan suma, sampi sini saja la aq nak pot pet. aq nak pi beraya umah jiran2 pulak da ni...

*psst..mata tu time nak p berya t usha2 la sama klw da anak jiran yang baru balik kampung..mana la nk tw boley buat bini da ka...hahaaaa
wasaalmualaikum...salam lebaran okeyh bloger sekalian..

Posted on Tuesday, August 30, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Thursday, August 25, 2011

salamualaikum warahmatullah.., tanggal 27 ramadhan ni mesti ramai yang nk adakn majlis khatam quran kn,
mana taknya kan, pakat2 da la ni dok tanya,contohnya
abu : weh, hang da berapa kali da khatam bulan posa ni?
ali : aq baru jzuk 26, awat?
abu : ha!! baru juzuk 26??? isk2....leceh la hang ni, aq da nk masuk 3 kali da malam ni nak khatam,
ali : tapi aq baca sekali dgan mentadabur sekali, aq pelan2 sebab aq nk paham maksud Al quran sekali, hang wat lagu tu gk ka??
abu : mmmmm....dak la g pon...

ha,,,kengkawan, mesegnay nak habaq kat sni la, kalau kita da baca 10 khatam pon tapi kita x paham pa yang kita baca x guna gk kn, so kepada yang dok cibuk2 nk khatamtu minta2 ubah la niat tu, niat supaya kita menghayati sama Alquran tu, klw tidak jadi la macam ' wife pm kita ni, nak tengok ka ...
nah tengok kat cni
ha..kenai x sapa ni???malas la nk habaq dkat hampa la, hampa pon kenai klw aq x habaq kn..
so klw kita nk baca khatam smapai 10 kali pon la kn, khatam la sekali dengan pemahamn Alquran tu sekali.
p/s: apa yang penting???qualitynya bukan kuantitinya...(fikir dan amalkan)hehe....

Posted on Thursday, August 25, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Sunday, August 7, 2011

fuhh..mesti bulan puasa ni teman2 semua ada projek n aktiviti memasing yang ddirancang.
saya x terkcuali gk okay.
klw nk mnambah pahala dibualn puasa ni x smstinya kna solat sunat aja kan sehari semalam. bagi saya berniaga juga merupakan satu ibadah kan?
ha..
nk citer skit la...klw nk citer panjang kena aja lepak a kt kdai kopi nanti lpas solat tarawih..kna belanja kopi secawan  ( radix secawan pon okay gk tuee)..
berniaga ni juga dikira ibadah sunnah kerana Rasulallah pon berniaga kan. so da 1 da pahala  tue...snag ja kn
then, klw masa berniaga tu kita senyum pulak dkt custmer tu ( yang berpatutan ja la okay..) dpt lg phala kkn sbb senyum tu sedekah kn. pahala lagi tue
smasa mlakukan urusan jual beli 2 juallah denagn amnah dan jujur .pahala lagi tu.
lpas 2 klw ada la yang x terjual habis 2 kita sedekahkan  dkt rakan seperniagaan kita 2 dpt lagi la pahala 2 kan?
berlipat ganda lagi 2 sebab kita lakukan dibulan puasa tue..
* ops...ikhlas lagi penting..berniagalah denagn niat yang satu.lilallhitaala..
sampai di sini saja la coretan diawal ramadhan tahun ini...
sekian ..::)
(ni aku letak la hmbar pengacau setia aq. tp wlopon dya pengaco dya ni berguna la gk sbb boleh tulung2 aq skit...hihi..tq angah

Posted on Sunday, August 07, 2011 by IZZAT ZAFRI

1 comment

Tuesday, April 26, 2011

tanggal pada 26/04/2011- ulu bendul menjadi destinasi yg dplih utk mlpskn tension selepas berhempas pulas dgn final exam yg x kurg letihnya n sgguh mmbrikn tknnn d kepala ni..
so kmi mncri kdmaian d sbuah hutan lipur ciptaan Allah yg maha indah ini..
indahnya deruan air sungai itu menghilangkn segala kekusutan di minda. kami bertolak dari kolej kediaman nilam coart pd pkul 12 tgh. hari. kami mengambil masa selama 30 minit utk smpi di hutan lipur ulu bendul.
Alahmdulillah cuaca yang sgt ceria mmbuatkn prjlnn kami, dan xtvt kmi lebih seronok....

Posted on Tuesday, April 26, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments