Showing posts with label soal hati. Show all posts
Showing posts with label soal hati. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012


Apabila sesuatu cinta ditolak terutamanya daripada wanita yang kita sudah lama memendam perasaan adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin wanita tersebut mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan wanita menolak cinta lelaki adalah……..

(1) Anda tidak mempunyai aset - Mungkin bukan keseluruhan wanita yang memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripadanya lebih mementingkan aset seseorang lelaki itu berbanding perkara lain. Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak cinta anda.

- tak kan la nak naik basikal ja kan, mestilah nak naik kereta mewah baru la layan - 

(2) Mereka sudah berpunya - Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita sememangnya adalah lebih setia berbanding lelaki. Sekiranya mereka seorang wanita yang baik dan amat menghargai pasangan yang mereka miliki sekarang, sudah pasti mereka akan menolak cinta anda.

(3) Mereka adalah playgirl - Sememangnya matlamat seorang wanita yang playgirl adalah sentiasa untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Mereka hanya mendekatkan diri kepada anda hanya untuk tujuan lain (terutamanya mengenai kewangan) dan bukan untuk bercinta. Sekiranya mereka menerima cinta ada sekalipun, ia hanyalah merupakan satu permainan.


(4) Tindakan anda yang salah - Sekiranya pada awal perkenalan telah bermacam-macam perkara yang anda mahukan atau sebagainya, ia sememangnya satu tindakan yang salah. Wanita akan menolak cinta lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Anda seharusnya lebih tenang dan tidak terlalu gelojoh.

(5) Masa yang tidak tepat - Mungkin ketika anda berusaha untuk memikat seseorang wanita dan terdapat lelaki lain yang turut melakukan perkara yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan. Adalah lebih buruk sekiranya anda mungkin mengambil tindakan yang agak lewat dan akan menyebabkan mereka mungkin akan menolak cinta anda.

(6) Sejarah hitam - Mungkin seseorang wanita itu mempunyai sejarah hitam ketika bersama lelaki lain dan menyukarkan mereka untuk menerima cinta anda. Adalah lebih buruk sekiranya mereka berasa trauma untuk bercinta sekali lagi.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

(7) Anda tidak menarik perhatian mereka - Seseorang wanita sememangnya akan lebih mudah tertarik terhadap perwatakan, tingkahlaku atau sikap anda yang tersendiri. Sekiranya mereka menolak cinta anda, mungkin kerana anda tidak berjaya untuk menarik perhatian mereka.

p/s: Kesimpulannya, sekiranya cinta anda ditolak, jangan berlengah untuk mencari cinta baru..

Posted on Wednesday, May 23, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Thursday, February 23, 2012



Sejak dulu Lagi,
Jika ditanya kepadaku, siapakah ratu hatimu??
Aku menjawab seorang yang mencintai aku keranaMu,
Tapi masa itu aku masih kabur siapakah dia yang mencintaiMu.
Kini mungkin aku mendapat sedikit cahaya untuk aku meneka siapa kamu,
Agak sukar untuk aku mempercayai
Rupanya hatiku terdetik rindu kepdamu,
Mungkin ini takdir yang menjadi penentu,
Walaupun selalu kau aku ketemu,
Rupanya ini sudah ditentu,
Aku terima saja segalanya.
Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu akhowat yang gemilang, kerana diri ini perwira dengan silam yang kelam.
Yang dia nantikan, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Andai dia pilihanku tepat, ini adalah pilihan keranaMu, bukan kerana nafsu.
Andai bukan dia pilihanMu, akan ku tunggu ketentuanMu, kerana Kau maha bijaksan dalam mengatur segalanya....

p/s : entry terjiwang sikit tengah- tengah pagi buta ni..da tak boleh nak tidoq sebab termimpi sesuatu yang indah. mood : happy

Posted on Thursday, February 23, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Friday, January 20, 2012


Assalamualaikum...
ha..
tangan ni sudah gatal la plak nk menaip kt keyboard ni la..tajuk kali ini jat nak tulis entry yg jiwang la sikit.
Bukan jat baru frust bercinta ka apa ka erk... Menulis ni sebab da sorang member jat ni, cinta dia ditolak la katakan (padahal dya syok sendiri kot tu, sory bro, gua menulis ni pon sebab nk bg gulz lu taw pa yg patot dya buat masa dya nak tolak lu, tak la lu merana camtuh erk). ha..
Sudah la nak intro panjang- panjang ni...kembali kepada tajuk semula.
okeyh..
WAHAI LADIES sekaliann (guys, u alls kna la baca juga taw )..
meh kita mulakan diskusi kita kali ini(nak mula la ayat poyo dya tu)hihi

First of all, kena Ambil Sikap Berlawanan

Ketika dia telah menyuarakan perasaannya, tentu ada sesuatu yang membuatnya tertarik kepada anda. Mungkin keceriaan anda, sifat anda yang feminisme atau macho(guys la), atau kerana sikap perihatin anda, serta banyak perkara lagi yang boleh membuat seorang tertarik kepada anda.Seperti yang selalu diungkapkan oleh kita semua 'Sharing is Caring'. Kalau boley 'pause' sebentar la sifat caring anda tu erk.

Gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan sikap yang berlawanan. Jika selama ini anda seolah-olah memberi perhatian atau seorang yang perihatin, maka kurangkan perihatin anda kepadanya. Jika dia tertarik dengan sikap anda yang apa adanya, tidak ada salahnya tampil 'nakal' atau 'gedik' sedikit di depannya (jangan gedik sampai menjatuhkan maruah anda). Sikap ini akan membuat dia berfikir semula untuk memilih anda. Jangan bimbang kerana paling teruk pun, dia akan berfikir bahawa anda tidak ada pendirian tetap dan tak ada kelas.

Cara ini mungkin lebih mujarab jika anda bercakap mengenai lelaki lain ketika bersamanya. Ini cara terbaik untuk memadam keinginannya untuk menjadi kekasih anda. Katakan betapa anda amat tertarik pada lelaki atau wanita itu, dan berharap boleh menjadi kekasihnya. Percakapan ini boleh menjadi jarak, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa anda hanya ingin menjadikan dirinya sebagai kawan biasa dan sebagai tempat untuk berkongsi cerita sahaja.

Selepas itu, Jangan la terlalu 'Terbuka'

Jangan beri kesempatan kepadanya untuk membuat tafsiran terhadap diri anda. Kecuali dia memang sudah mengetahui hubungan anda berdua hanya sebagai sahabat baik. Jangan mengungkapkan perasaan, emosi, atau sesuatu masalah yang terjadi terhadap diri anda kepadanya. Ceritakan perkara-perkara biasa yang gembira sahaja. Lelaki cenderung merasakan telah diberi hati, dan dipercayai, jika dirinya telah dijadikan tempat mengadu nasib dan tempat meluahkan perasaan oleh wanita idamannya. Apalagi jika dirinya diminta untuk membantu menyelesaikan masalah.Hal ini kerana sifat seorang lelaki akan merasa dirinya diperlukan anda. Lelaki sangat suka jika dapat membantu menyelesaikan masalah temannya terutamanya wanita.

Selain itu, jangan beri peluang untuknya mengungkapkan keadaan hatinya kepada anda. Kalau dia mengatakan sedang menghadapi masalah dan ingin bercerita, tolaklah secara halus. Katakan anda sedang sibuk atau sebagainya. tetapi jika dia sudah berada di hadapan anda, cukuplah hanya menjadi pendengar yang baik. Jangan memberi apa-apa saranan atau bersimpati dengannya.Buat 'don`t know ja la'..Ini supaya dapat menunjukkan kepadanya bahawa anda bukanlah teman yang sesuai kerana tidak dapat menjadi pendengar dan pekongsi yang baik.

Kemudiannya, perlu la menjauhi dari Berdua-duaan dengannya.

Umumnya lelaki akan cari kesempatan untuk rapat dengan wanita yang disukainya dan berusaha untuk mengungkapkan perasaannya. Dari itu jangan beri ruang antuk anda berdua-duaan dengannnya. Kala dia mengajak anda keluar berdua dengannya, tolaklah dengan halus, samada katakan anda ada urusan lain atau katakan anda lebih suka keluar beramai-ramai, parent tidak mengizinkan or alasan yang yang munasabah. Anda tetap keluar bersamanya tetapi dengan kawan-kawan anda atau kawan-kawannya dan tidak bersendirian dengannya sahaja. Pergilah makan bersama atau membeli-belah beramai-ramai. Lagipun bukankah persahabatan sejati, harus saling menghargai kebebasan setiap individu.(alasan yang agak munasabah).

Kalau anda mahu memberi alasan yang lebih berkesan ialah dengan mengatakan kepadanya bahawa ingin menjaga 'Ikhtilath' dalam perhubungan. Insyallah dalam masa yang sama anda mungkin dapat berdakwah kepadAnya sekaligus.(muka tangah ketat aja )

Kalau dia berkunjung ke rumah, pastikan ada teman-teman, sanak saudara atau ahli keluarga anda berada di rumah dan tetap bersama anda melayani di ruang tamu. Dengan cara ini, dia tidak mempunyai waktu untuk mengenali anda dengan lebih mendalam. Dan anda pun tidak akan menghadapi situasi tidak menyenangkan kerana terpaksa menjawab lamaran hatinya. Kalau dia bersungguh-sungguh juga mahu menyuarakan hasrat hatinya, paling tidak pun dia mencari alternatif lain, seperti menelefon, melalui surat, email atau SMS  . Anda tidak akan tertekan memberikan jawapan kepadanya kerana dia tidak ada di depan mata anda. Jika anda menolak pun anda boleh memainkan bahasa yang baik tanpa dia di depan mata.
Haa..kepada  yang mungkin ada niat nak menolak seseorang itu, jangan lah terlalu menampakkan bahawa terdapat kekurangan pada dirinya. hala ini kerana dengan tidak manjatuhkan maruahnya didepan anda, dia akan merasakan mungkin tiada keserasian saja tidak merasakan dirinya terlalu banyak kekurangan.Cuba nada bayangkan la anda pada situasi sesorang yang 'ditolak' cinta itu, agak-agak anda, apakah perasaan anda pada masa itu jika anda direndah- rendahkan maruah dihadapan mereka, malu la kan.Oleh itu, tolak lah dengan cara yang sangat berhikamh supaya kita dapat menjaga hati orang lain.


p/s : jangan mengharap pada yang tak sudi... jodoh ditangan Allah, mesti ada punya la nanti. TUNGGU masanya saja.

Posted on Friday, January 20, 2012 by IZZAT ZAFRI

4 comments

Saturday, November 5, 2011


Setiap tahun kita semua akan menyambut kehadiran zul hijjah...kepada jemaah haji yang sedang wukuf di Arafah semestinya merasakan nikmatnya berhari raya di sana (tanah suci ). 


bagi aku setiap hari raya haji yang akan disambut nanti menjadi pengukur terhadap satu peristiwa yang sangat memberikan kesan yang amat mendalam kepada jiwa aku.
tanggal 8 zulhijjah 1427h, aq telah kehilangan sebiji permata dalam hidupku.
nenekdaku yang amat ku kasihi telah kembali ke tempat di mana kita semua akan pergi juga nanti,
tetapi takdir menentukan beliau pergi dulu..
sejak kecil aku diasuhnya supaya menjadi insan yang bertakwadan menjadi anak yang soleh. selalu berdoa kepada Allah supaya aku menjadi anak yang soleh...
setiap perlakuan aku akan diperbetulkannya sehingga dikihat sempurna dimatanya, aku merasakan aku paling beruntung kerana akulah satu- satunya  cucu yang diasuhnya sejak kecil . neneknda selalu berpesan, dengar cakap ibu bapa, janagn menjadi anak derhaka, belajar bersungguh, jangan tinggalkan solat, selalu baca alquran...banyak berdoa...
semua itu masih terngiang- ngiang dalam ingatan aku ini.
walaupun neneknda sudah tiada , setiap pesanannya akan aku turuti.
.semoga berbahagia disana..-

-dari cucu tersayang-
p/s : selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat

Posted on Saturday, November 05, 2011 by IZZAT ZAFRI

2 comments

Tuesday, June 28, 2011


Wahai orang yang mengeluh . 
Padahal tiada penyakit yang menjangkitimu . 
Bagaimana engkau bias beraktiviti  
Jika engkau sakit?  
Sesungguhnya
Penjahat yang paling buruk di bumi 
Adalah seseorang 
Yang takut pergi sebelum berangkat . 
EngkauHanya melihat duri pada bunga mawar 
Tetapi engkau pejamkan mata 
Hingga tidak melihat embun  
Yang menghiasai bahagian atasnya.  
Hidup ini memang sangat meletihkan  
Bagi orang yang menganggapnya  
Sebagai beban yang berat . 
Orang yang tidak menghiasi dirinya  
Dengan keindahan 
Tidak bakal melihat di dunia ini  
Sesuatu yang indah.  
Maka nikmatilah kesegaran pagi hari  
Selama engkau berada padanya . 
Dan janganlah engkau takut kehilangannya  
Sebelum lenyap sendiri  .
Jika kepalamu  
Dipenuhi oleh kesusahan , 
Jangan engkau fikirkan  .
Agar tidak berpanjangan  
Burung-burung yang di puncak pun , 
Mengetahui hakikatnya. 
Maka sungguh tercela  
Bila engkau
Masih tetap tidak memahaminya .
 Mereka tidak peduli ,  
Ladang itu milik siapa. 
Selama mereka
Masih dapat bertenggek. 
Dan bersarang padanya. 
 



 Puisi Ilya Abu Madi(seorang penyair Lubnan)      



jgnlah mengeluh apabila sesuatu mendatangi kita dlm keadaan yg kurang menyenangkan........
ingatlah bahawa ada hikmahnya perkara tersebut berlaku.............
sabar dan tabah.........
bermuhasabah selalu...........


Mengeluh tanda kita tidak redha dengan ALLAH swt.

Mengeluh tanda tanda orang tidak beriman.

Bila di timpa ujian dan  timbulnya persoalan ...kenapa?

Itu tandanya mengeluh....

Itu maknanya kita meragui kekuasaan ALLAH SWT.

ya Allah....

maafkan aku kerana aku selalu menangis dengan ujian Mu.
maafkan aku kerana aku tidak kuat....

Maafkan aku Ya Allah...



ku hanya takut. jika terdetik dlm hati, menyalahi segala/bbrp ketentuan dan ujian yg telah Allah berikan kpdku ...
Jangan dilupakan juga, ujian akan hanya diberi sekadar yg mampu ditanggung hambaNya...
Jangan lupa ayat berikut, "jangan sangka kamu beriman selagi belum diuji "

Insyaallah..

ya Allah....

maafkan aku kerana aku selalu menangis dengan ujian Mu.
maafkan aku kerana aku tidak kuat....

Maafkan aku Ya Allah...



wahai diriku (jika engkau mengeluh)..

ingatlah, kau tujukan keluhan itu kepada siapa sebenarnya?

*Tawarlah tembikai ni.. (siapa yang jadikan ia tawar? penjualnye?? pembelinye?? atau PENCIPTAnya?) ---> astaghfirullah. Ampunkan aku ya Allah

*Peritnya hidup ini.. bilalah aku nk tenang? bila aku nk senang? (kenapa perit? Kan Allah dah kata kau akan diuji? ujian paling berat ialah kesenangan, kemewahan, kesihatan.. jadi... perit manakah aku??) ----> Ku pohon RahmatMu Ya Allah!

*Kenapa aku teruk begini?? kenapa dia tak sepertiku? kenapa aku tak seperti dia? dia best je nikmat yang dia dapat. (contoh: kesenangan, kecantikan, kesihatan dll)

1. teruk berpunca dari diri sendiri
2. teruk sejak lahir (kecacatan n seumpamanya)
3. teruk sbb keadaan

kalo teruk yang pertama tu.. jangan nk salahkan sesiapa. Allah ciptakan alam dgn sunnah2Nya. Buat begini, begini jadinya.. vise versa. Jadi, kenapa nak mengeluh? NAk salahkan siapa? sendiri yang salah.

teruk kedua: Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Kenapa perlu kita pertikai itu dan ini? nikmat di alam ini tak pernah Allah pertikai kpd kita. Dia Pengatur segalanya. Lagi pulak Dia MAha Mengetahui sebab musabab sesuatu dijadikan demikian.

sekurang2nya, kita terlepas dari soalan bahagian2 yang kita tak dapat seperti org lain di akhirat nnti. sedangkan org yang ada kelebihan bahagian itu.. PASTI tidak terlepas dari pertanyaan YANG MAHA MENGADILI nanti.

maka, berlapang dadalah (wahai diriku). Allah telah ciptakan kita sebaik2 kejadian. Manusia hanya nampak apa yang baik di mata manusia saja. Kerana pandangan manusia itu terbatas. Ianya tidak pada Allah. Pandangan Allah itu MAha HEBAT..  Allah MAHA MELIHAT ape yang kita tak nampak.

teruk ketiga: contohnya kemalangan, perpisahan, kehilangan dll
pasti ada hikmah disebalik segalanya. Allah tak pernah lakukan sesuatu dengan sia2..
Manusia saja yang suka lakukan perkara sia2.

kesimpulan: BERSYUKURLAH.. kamu (diriku) akan TIDAK MENGELUH lagi

Posted on Tuesday, June 28, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Sunday, April 17, 2011

سلام أصدقائي أنني أحب حقا جميع
klw nk dceritakn tntag exam ni..suma org da tw kot..klw x pna amik spm pon x kn pmr x pnah amik kan, upsr ka....so apa yg sslu ampa rsa ea bila exam esok ja..
huu...comey toi ...
so aq nk cter aq punya cta la ni..
sjak dri exam thap tadika lg aq aq da jd cmni..p cuma situasi yg brbeza la,
DEMAM~~
huhu, demam la yg sllu nk brsma gn aq bila tyme exam....npa la aq pon x sepa jd cmni...
esok aq nk exam..p alahamdullilah la...mntk2 la exam kli ni aq x dmam truk sgt..stkat mkn panadol solubel ja da lega...lgpon tyme nk exam ni aq da pnmn utk aq study sesama...wlopon dya x ujud scra fizikal, p tman dlm fb pon jd la...
(klw nk elakkn demam tyme exam t kna la cri peneman tuk ampa s2dy erk)
ok la aq nk chow dulu la...nk s2dy(poyoz sja dc2~~haha)
memeber suma...doa kan la aq ni...moga2 dgan doa 2 boley la tlog aq mudah nk jwb exam t....laz skli aq nk mnx maap la kt ampa suma..mmg la kdg2 2 mlut ni lancang..x sdar pa yg aq ckp pon x tw...yg baik 2 dri Allah dan yg x bpa bek 2 dri aq dan amik la pengjaran ~~Assalamualikum...jumpa lg t k~~

Posted on Sunday, April 17, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Friday, March 25, 2011



Salam sayang untuk awak.
Awak,
Sebelum itu saya ingin menytakn bhwa saya sngat syng awak. Mereka pun sngt syngkn awak. sya  x prnh berasa x senng bila dpetmukn  dgn awk. Maaf, mungkin pada mulanya kami agk takut untuk mendekati diri awak. Yelah, awak seperti tidak mengendahkan saya. Seperti x mahu bergaul dengan saya  yg x up to date mcm awak .
Rupa-rupanya sya salah gk, sebnarnya awak yang malu .saya  igt awk kta sya ni terlalu pelik dan  saya ni tak macam awk rupanya salah suma tu. Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri. saya sangat bersalah, saya sepatutnya menegur awak dari mula lagi. Maafkan saya, saya bukanlah yang terbaik tetapi saya  akan cuba jadi yang terbaik untuk awak dan yang lain-lain.
Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya. Saya ingin tau isi  hati awak. Sebenarnya awak juga baik. Mungkin btol, pengaruh kawan itu penting. Sekiranya kita berkawan dgn orang yang mengajk kita kepada kemungkarn, kita pasti akan terjebak shingga melupakn-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.
Awak,
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:" Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu."(al-Bukhari)

-Smbhyg merupakan tnda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
-Smbhyg  merupakan tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mngerjaknnya bermkna dia tlh menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalknnya bermakna dia telah meruntuhkn agmnya.
-Bagi orang yang meninggalkan smbhyg  disebabkan malas atau sengaja hukumnya adlh fasik & telah melakukan dosa besar iaitu menigglkn salah satu daripada rukun Islam. 
-Sprti yg  ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggp sbgi hutang yang mesti dilangsaikan spti rasminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka bila sedar tntng kesilapan masa lalu, seorang muslim tu hendklah sgra bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal tu.
Saya takut bila awak meninggalkan solat, sedangkn awak sendiri tahu jika meninggalkan salah satu sudah dikira bukan Islam lagi. Jangan malu untuk berubah! Pedulikan kata kawan 'syaitan' awak. 
Saya masih igt msa  kita s2dy sesama sblum SPM dlu , saya sudah berjanji di dalam hati ingin berterus terang dengan awak bla tgk da ssuatu yg x sdp mata mmndg.   saya nk sgt  meluahkan secara berdepan dengan ayat yang tidak berkias. Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ini tidak menjadi kerana setiap kali saya menegur awak secara selingan mungkin tidak memberi apa-apa makna.
Saya juga masih mempunyai kelemahan dalam diri sendiri. Saya juga masih ketinggalan di dalam bab-bab agama, tetapi Alhamdulillah bab yang wajib tak prnh saya tinggalkan. Awak, saya mungkir janji! Saya tidak dapat mengucapkan perkataan itu secara bersemuka dengan awak. Saya sgt x berdaya, apakh sy x mampu melakukn 'Amar Maaruf, Nahi Mungkar' kepada kwn sendiri???. Saya selalu gagal bila ia berkaitn dngn kwn.
Laz skli , bila tiba di rumah barulh saya meluahknnya secara direct tetapi itupun luah depan cermin....bila da peluang nk ckp  sya mengubah topik lain, saya semakin takut. Takut awak akan terasa, tetapi ia adalah untuk kebaikan awak juga. Saya sangat sayangkan awak. Saya tidak mahu awak lalai sehingga melupakan DIA. Awak sebenarnya sangat baik sebab awak ada kesedaran .
mmber sy kata  yang jauh lebih da ilmu drpd saya,`awk mungkin diberikan hidayah daripada Allah untuk berubah`. Dan sya mugkin  adlh org2 yg dipilih-Nya untuk mendekati awak. sya  tak boley tgglkn awk . saya  tidak boleh tidak memperdulikan awak walau sedikit pun walupon jauh dr awk walopon apa yg awk akn kta kt sy sy ttp dgn kptusan sya . Awak, sekiranya awak membaca surat ini saya percaya awak mengerti maksudnya.tp klw awk x suka dgn tguran dan nsihat sbgai kwn yg sy ckp kt awk, hrap awk trus trang sja k...jgn la hipokrit.itu saja yg sy smpat tulis untuk awk wt msa ini...klw da masa dan umur yg pnjg insyallah bersua lg. 
Yang Benar,
Kwn yang sangat sayangkan awak.

Posted on Friday, March 25, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Wednesday, March 9, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada abah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Kedah? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan abah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan abah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan abah untuk bernikah. Mungkin mak dan abah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan abah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan abah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan abah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan abah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan abah, adakah mak dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan abahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan abah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan abah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan abah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Diharap mak dan abah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan abah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan abah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak abah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan abah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Kedah.


Puteramu,

Along jat…

Posted on Wednesday, March 09, 2011 by IZZAT ZAFRI

5 comments

sekiranya..
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kpd kita..
tp..
kita cinta kt Allah.
nescya ciinta kita x da pghjungnya..
jika,,
kita cinta kpd manusia..
kita cmburu kpd org yg mnciintai org yg kita cnta..
tp,
skiranya cnta kpd Allah kita trut mncntai org yg mlbuhkan cnta kpda Allahjuga.
Ya Allah..
andainya dia adalh jdoh yg dttpkan olehMu
mka cmpaknlah ke dlm hatiku..
cintanya kpdnya adlah krnmu..
dan cmpklh ke dlm htinya cinta kpdku adlah krnMu..
namun..
andai dya bkn jdoh yg dttpkn oleh Mu..
briknlah aq kkutan agr pasrah dlm ujian yg kau berikan...

Posted on Wednesday, March 09, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Friday, March 4, 2011

Telah jauh terpisah, diriku dan diriMu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku,
tanpa memikirkan dirimu,
Resahku tanpa cintaMu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada diriMu

Kukianati hatiMu yang tulus mencintaiku….

Maafkan aku...
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…
semoga cintaMu mekar subur dalam sanubari ini...
amin ....

Posted on Friday, March 04, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Sunday, February 27, 2011



Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gemilang dan riang gembira serta diiringi dengan paluan kompang dan gendang.
Pengantin perempuan sungguh cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki sungguh tampan dengan tuxedo hitam yang gagah, segak dan tampan.
Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka pasangan yang saling mencintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya.
“Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita.”, katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.”
“Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia….”
Suaminya bersetuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu, mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka masing-masing.
Keesokan pagi, ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.
“Saya akan mulakan dahulu ya..”, kata si isteri.
Lalu ia mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang di tulisnya, sekitar 3 muka surat.
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa air mata suaminya mulai mengalir….
“Maafkan saya abang, apakah saya harus berhenti?”, Tanya si isteri.
“Oh, tak mengapa… teruskanlah sayang…”, jawab suaminya.
Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali, melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia..
“Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis..”
Dengan suara yang perlahan, suaminya berkata ;
“Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu…”
“Abang menyayangi dan mencintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satu pun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku, sayang….”
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya…
Bahawa suaminya menerimanya dengan seadanya. Ia terus tunduk dan menangis…
“Abang, maafkan saya….”
Tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang negatif tentang pasangan kita. Terimalah dia seadanya….

Posted on Sunday, February 27, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Friday, February 25, 2011

every body need some body???
ayt yg sllu dga dan alsan bla bcople....hmmm...
alasan la 2....
bila kita pkir  kn blik...betul x ayt yg kita bg alasan 2....
atopon 2 alasan yg plig "tepat" yg ptot kita ugkpkan??
hahak...
mmg lwk la klw dpikirkn zman kjhilan aq dlu...kini aq da tgok smula mnda yg sma trjdi kt bdk2 muda...hhahak
sunyi la...perlukn teman untuk luahkn psaan...dpat perlindugn la...dya dpt bhgiaknkita la...hahak...mmg la semua itu betul..p hanya bila dah berkhwin...
kita kna twu gk...pencinta kita yg x prnah curang tp sbliknya kita yg sllu curang padaNya...sgguh hmpa...
nikmat dan rahmat hidup  tnda ksih syang da cinta sejati dcurahkn kpda kita tp apa blasan kita ...hanya curang pdanya...
cuba kita imagin la...pa la kita  rsa kn???sggggggggggggggggggggggggggattttttt kecewa kn????
p kit pernah pkir x apa yg kita telah buat....kita telah curang padaNya....so minta taubat la...
lagipon bercouple2 ni hnya abey duet, msa, n kdg2 tu msa dpan pon tergdai  n x krang juga  maruah agama Islam trgdai...
cuba kita tgok mkna L>O>V>E ni...........renung-renungkan dan selamat beramal...


Posted on Friday, February 25, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments

Friday, February 4, 2011



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. 

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki. 

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. 

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. 

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. 

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. 

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai. 

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


Posted on Friday, February 04, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments