Showing posts with label nukilan to my member. Show all posts
Showing posts with label nukilan to my member. Show all posts

Thursday, September 27, 2012


Assalamualaikum warahmatullah teman sekalian. Sudah gak bersawang juga page jat sebab lama tak update. Bukanya malas tapi masa terlalu jelous sangat sehinggakan tak sempat nak berbelog ni.
Kali jat nak share dari seorang reader ni, tentang perbuatan tuduh menuduh secara melulu ni. Memang kesian kepada sesaiapa yang terkena tuduhan melulu atau lebh dikenali dengan FITNAH. Allah telah berfirman:

“Katakanlah (hai Muhammad) : Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus (jalan yang ditempuhnya).” (Al-Isra’ : 84)

An-Nahl : ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu ...dengan hikmah, dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

“Seorang mukmin itu terhadap mukmin yang lain adalah laksana bangunan, yang sebagiannya mengukuhkan sebagian yang lain”

“Barangsiapa yang berkata pada saudaranya ‘hai kafir’ kata-kata itu akan kembali pada salah satu diantara keduanya. Jika tidak (artinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh)”.

“Tahanlah diri kalian (jangan menyerang) orang ahli ‘Laa ilaaha illallah’ (yakni orang Muslim). Janganlah kalian mengkafirkan mereka karena suatu dosa”. Dalam riwayat lain dikatakan : “Janganlah kalian mengeluarkan mereka dari Islam karena suatu amal ( perbuatan)”

“Siapa yang memanggil seorang dengan kalimat ‘Hai Kafir’, atau ‘musuh ALLAH’, padahal yang dikatakan itu tidak demikian, maka akan kembali pada dirinya sendiri”.

Sungguh adakalanya seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikan, tiba-tiba ia tergelincir ke dalam neraka oleh kalimat itu lebih jauh dari jarak antara timur dengan barat”.

Didalam surat An-Nisaa [4]: 94 artinya; “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan ALLAH, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan ‘salam’ kepadamu ‘Kamu bukan seorang mukmin’ (lalu kamu membunuhnya)

janganlah kamu merasa sudah bersih, Dia (ALLAH) lebih mengetahui siapa yang bertaqwa.” (An-Najm : 32)

dengan begitu banyak ayat di atas masih BERANI kah kita MENUDUH seseorang ??? apalagi sesama MUSLIM tanpa bukti yang kukuh lagi ???

jadikan UKHWAH tidak cuma di BIBIR saja.

Pernah sahabat dan sahabiah semua dengar ungkapan ni :

"Orang gila pun takkan mengaku dia gila...Pencuri pun takkan mengaku dia pencuri...Dia jahat takkan nak mengaku dia jahat...Tapi bila dia baik dia mengaku pulak dia baik".

Memang ada sesetengah orang, buat baik sekali, sampai nak mati pun dok ungkit lagi apa yang dia buat baik yang sekelumit tu. Jangan la macam ni sahabat, biar apa yang kita buat tu kita ikhlaskan amalan kita. tak payah nak canang-canang dalam facebook ka dalam blog ka dalam inbox ka yang kita ni baik sangat...orang lain jahat sangat dimata kita.

Boh seringgit ja dalam tabung masjid, tapi dua puluh hari dok habaq kata dah derma kat masjid tu...... Apa la kesnya. Ada orang kata, kadang-kadang bila kita update status ka ataupun taip macam ni dalam blog kita, boleh tengok level emosi kita. tak kisah la kita cakap atau taip, semua tu mesti dimulakan dengan nawaitu dan cara pemikiran kita.

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)


“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

(Surah al-Nahl: ayat 43)

“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)

Apa tuduhan yang paling kejam???

Yang paling menyayat hati bila kita selalu buat tuduhan pada orang lain yang kadang-kala kita tak tahu pun asal usul cerita. Ada kalanya kita hanya dengar dari sebelah pihak, dan kita terus buat tuduhan atau pun kita lihat pada mata kasar dan terus membuat andaian sendiri tanpa usul periksa. " ooooo dia ni jahat, dia tu baik,kau layak jadi macam ni,kau tak sepatutnya macam tu dan macam2 lagi tuduhan2 yang tak berasas ... Siapa kita nak label seseorang macam tu ????

Siapa la kita ni. sama macam manusia lain. buat dosa jugak, bukannya bijak sangat nak label-label orang, ALLAH SWT saja yang tau dan hanya DIA saja yang layak nak melebel hamba2Nya. Jadi tak timbul perkara nak aibkan sesiapa.

Ada jugak pihak yang menghentam, tak termasuk jugak pihak yang mendoakan keburukan seseorang. sangat tersentuh bila ada yang sanggup menuduh melakukan perbuatan yang dilarang agama. bila terfikirkan perasaan hati orang2 yang menjadi mangsa tuduhan ini bagaimanakah perasaan kita apabila kita ditempat mereka??. situasi kita mungin tak sama dengan dia, jadi jangan menghentam membuta tuli.

Doakan saja apa yang jadi semua ni adalah iktibar dan banyak hikmah di sebaliknya. bagi sesipa yang ada mind positive lebih pasrah dengan kehendak Tuhan, dan bagi sesiapa yang ada mind negative, cuba kita bawak sabaq sikit. Dalam apa-apa hal pohonlah keredhaan ALLAH dan perlindunganNYA supaya kita tak terjerumus untuk menambah dosa aibkan orang sesuka dan sesedap rasa.


Ingat la wahai teman,jangan suka menuduh sebarangan jika anda tidak mengetahui perkara yang benar....


P/S : Dunia akhir zaman yang dipenuhi dgn pelbagai fitnah....nauzubillahi min zaalik.

( Nota ini tidak ada kena mengena pada sesiapa sekadar perkongsian & peringatan buat diri saya yang masih belum sempurna andai ada yang terasa dng tulisan ini maaf saya tidak berniat mengguris hati sesiapa yang baik kita ambil yang buruk kita jauhkan. )

rencana dari:Nor Azita

Posted on Thursday, September 27, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Wednesday, June 13, 2012


Ketika kita sudah tidak cukup masa untuk membuat persediaan untuk peperiksaan ???
apakah persediaan yang penting untuk memastikan kita memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan membawa keyakinan yang tinggi.
Berikut adalah persediaan -persediaan yang penting berdasarkan pengalaman Jat sendiri yang melalui berpuluh-puluh peperiksaan dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading.Jat fikir, persediaan ini sesuai bagi semua peringkat peperiksaan.


Antaranya ialah:

1. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini. Ingat !!! nota tu jangan buat lupa pulak terbawa masuk dalam dewan peperiksaan nanti.hehe

2. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita pelajari.


3. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.

4. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


5. Restu Ayah dan Ibu
Perkara terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”


6. Memohon Guru Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.

7. Memilih kawan yang sesuai
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.Dan jangan lah juga kita menjadi kawan yang hilang diwaktu kawan kita memerlukan. Jangan pentingkan diri sendiri.  Mungkin ada kawan kawan yang memerlukan pertolongan kita, maka bantulah mereka yang memerlukan.

8. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.

9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.

10. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu orang lain untuk menganjurkan malam qiamulail  untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.

11. Tawakkal 
Dan yang terakhir adalah bertawakkal lah di atas segala usaha yang telah kita lakukan selama ini. Kita perlulah berserah kepada Allah kerana kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan, tapi jangan kita lupa "Man Jadda Wa Jada " = siapa yang berusaha dia akan dapat.


p/s : Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga pesanan ini bermanfaat.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon beribu kemaafan diatas salah silap saya jika sedikit sebanyak penulisan saya ini ada yang menguris perasaan mana- mana pihak secara lansung ataupon tidak. Segala kekurangan ini saya mohon diperbetulkan dan menjadi iktibar kepada kita untuk masa akan datang.



Posted on Wednesday, June 13, 2012 by IZZAT ZAFRI

1 comment

Wednesday, May 23, 2012


Apabila sesuatu cinta ditolak terutamanya daripada wanita yang kita sudah lama memendam perasaan adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin wanita tersebut mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan wanita menolak cinta lelaki adalah……..

(1) Anda tidak mempunyai aset - Mungkin bukan keseluruhan wanita yang memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripadanya lebih mementingkan aset seseorang lelaki itu berbanding perkara lain. Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak cinta anda.

- tak kan la nak naik basikal ja kan, mestilah nak naik kereta mewah baru la layan - 

(2) Mereka sudah berpunya - Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita sememangnya adalah lebih setia berbanding lelaki. Sekiranya mereka seorang wanita yang baik dan amat menghargai pasangan yang mereka miliki sekarang, sudah pasti mereka akan menolak cinta anda.

(3) Mereka adalah playgirl - Sememangnya matlamat seorang wanita yang playgirl adalah sentiasa untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Mereka hanya mendekatkan diri kepada anda hanya untuk tujuan lain (terutamanya mengenai kewangan) dan bukan untuk bercinta. Sekiranya mereka menerima cinta ada sekalipun, ia hanyalah merupakan satu permainan.


(4) Tindakan anda yang salah - Sekiranya pada awal perkenalan telah bermacam-macam perkara yang anda mahukan atau sebagainya, ia sememangnya satu tindakan yang salah. Wanita akan menolak cinta lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Anda seharusnya lebih tenang dan tidak terlalu gelojoh.

(5) Masa yang tidak tepat - Mungkin ketika anda berusaha untuk memikat seseorang wanita dan terdapat lelaki lain yang turut melakukan perkara yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan. Adalah lebih buruk sekiranya anda mungkin mengambil tindakan yang agak lewat dan akan menyebabkan mereka mungkin akan menolak cinta anda.

(6) Sejarah hitam - Mungkin seseorang wanita itu mempunyai sejarah hitam ketika bersama lelaki lain dan menyukarkan mereka untuk menerima cinta anda. Adalah lebih buruk sekiranya mereka berasa trauma untuk bercinta sekali lagi.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

(7) Anda tidak menarik perhatian mereka - Seseorang wanita sememangnya akan lebih mudah tertarik terhadap perwatakan, tingkahlaku atau sikap anda yang tersendiri. Sekiranya mereka menolak cinta anda, mungkin kerana anda tidak berjaya untuk menarik perhatian mereka.

p/s: Kesimpulannya, sekiranya cinta anda ditolak, jangan berlengah untuk mencari cinta baru..

Posted on Wednesday, May 23, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments


Assalamualaikum..entry kali ini jat just nak share la satu perkara yang mungkin korang tahu kot..Ini cerita pasal para remaja atau anak melayu la..tapi bukan sebarang remaja ni, tapi jenis remaja melayu MURAHAN...entry ni bukanlah untuk merendahkan maruah anak Melayu itu sendiri, tapi cuma memberi pengajaran kepada yang berkenaan supaya sedarlah diri anda semua...
Ini antara ciri- ciri yang dapat dikongsikan kat sini:

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' (gerliew la are yart yank kor guner twoo..)

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..



Nie la duck face kan??? ...Ahaks... Aku n member aku gelak tak berenti nengok gambar nih... Tak takot ka kena kutok ka pa ka kn.. Tapi dia brani letak gak tu, so dia mesti berani tanggung... So, dont blame us!

-rasa cam nak tembak cam mamat kat atas ni baut aja bila tengok dak pompuan yang buat mcam ni-

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau gn tunjuk 'buah dada' tu??



Post ini adalah dari satu sumber dan telah diubahsuai sedikit kandungannya supaya lebih bersopan dan sesuai untuk bacaan umum.

p/s:  pikir-pikir la sikit...dunia sekarang kalau nak buat bini tak da la cari cam ni dah...susah nak bawak masuk syurga la..sekurang-kurangnya macam ni pon x pa dah kot ka...


-semoga Allah pertemukan jodoh dengan sebaik- baik pilihan-NYA ..

Posted on Wednesday, May 23, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Tuesday, April 3, 2012


.:::Assalamualikum warahmatullah:::.
Selamat to you all semua erk...
Selalunya kan lelaki ni kalau ramai -ramai bergosipkan sesama member la kan, antara topik panas apa erk? yang aku tahu selalunya  pasal "pompuan" a.k.a awek la...
hah..Jat hari ini nak cerita sikit tentang pompuan @awek cantik, ayu, manis, gorgeous *sori kalau silap eja erk.
Kebanyakan kita kurang arif tentang istilah apabila hendak ditujukan kepada seseorang perempuan tersebut.
Cuba hampa tanya cantik dekat perempuan dengan cantik dekat lelaki. Adakah jawapannya akan jadi sama meaning? Cuba hampa tanya pulak dekat wanita yang bukan muslim, apa pengertian cantik bagi mereka? Sama tak pengertian cantik bagi seorang wanita muslim?

Yang pasti, ianya takkan sama. Cantik pada seorang wanita mestilah ada mekap, perfume, baju yang 'vogue', tas tangan, body yang umphh dan lenggang lenggok yang menarik perhatian. Tapi tu ke definisi dari mata seorang lelaki? Perlu ke hampa habiskan duit riban-riban semata-mata nak nampak cantik?
Sebenarnya itu definisi cantik hampa sahaja,  tetapi tidak pada lelaki?

Sebut pasal rambut, pasti ada yang kata itulah mahkota seorang wanita. Ye ke? Bukan mahkota tu 'dara' ke?(sori kalau tersensetiv) So lebih rela berkorban segala-galanya demi rambut dari kedaraan itu sendiri ke?
Hehehe, rambut itu memang cantik, tipulah kalau lelaki tak minat pada style dan gaya rambut seorang wanita. Panjang? Pendek? Rebonding? Ikal? Kerinting? Semuanya ada tarikan tersendiri.
- kalau macam ni , cantik ker?-

Tapi, andai hampa kata rambut itu sebahagian dari mahkota, bukankah orang yang lebih layak melihatnya adalah mahram hampa sendiri atau insan yang lebih berhak iaitu suami ? So kenapa perlu dipertontonkan kepada khalayak ramai?
Kenapa perlu ditogelkan ianya tanpa pakaian, ibarat badan tanpa baju dan seluar. Cantik free hair, cantik lagi bila menutup aurat (bertudung yang betul). Tak percaya, tengok artis bila depa pakai tudung, pada aku lagi lawa kot bertudung compare bila buka tudung.

- amboi, cantiknya kak Ana bila pakai tudung sekarang ni, lagi cantik dari free hair yg dah macam mak limah balik kampung ja pon..hehe - 

Muka ni lazim la kan orang akan kata cantik. Seperti kata pensyarah aku , istilah kacak atau cantik atau menawan  adalah muka, muka mestilah simetri kan, kalo tak simetri tu ada masalah urat saraf tu.hahak..

-simetri wajah manusia- 

Muka wanita ni sebenarnya dah ok tanpa mekap, lebih natural look mungkin kurang saturation warna aje kot. So kalau diwarnakan sedikit (mekap) akan naik serinya. Tapi bila over mekap, ia akan jadi sesuatu yang agak menjengkelkan dan menakutkan.

- dah serupa macam badut dah aku rasa, haahaak - 

Kalo tanya lelaki, diorang lebih suka wanita mekap yang biasa aje, gincu, pemerah pipi dan sedikit eye shadow, mugkin bedak sedikit sudah memadai. Tak perlulah nak letak eye shadow sampai kaler pelangi, takut lari lelaki nanti.

Biasa tengok wajah ibu kita yang tanpa mekap, tapi kita rasa sejuk je hati dan suka menatap wajah mereka. Kalo tanya mesti rahsianya adalah???? Wudu' itu sendiri.

-Wuduk juga menjadi pembersih wajah terbaik..tak perlu la sangat nak bebelanja untuk scrub mahal pon.-

Baju atau pakaian.
 Part ni yang agak penting bagi wanita. Sebab definisi korang sangat berbeza dengan lelaki.
Pakaian bagi lelaki, :- asalkan tak koyak, muat, selesa, bersih itulah yang akan jadi pakaian harian diorang. Beli pakaian, siapa lagi cerewet? Lelaki atau wanita? Aku pernah ikut kaum wanita mencari tudung je sampai nak terbakar kaki aku berjalan sepanjang Jalan Masjid India tu. Tu baru tudung, baju? seluar? kain? bla bla bla even undies pun sangat cerewet. Kadang-kadang nak cari yang terlalu vogue, padahal si lelaki ni lebih selesa dengan pakaian biasa aje. Tak perlu nak beria-ria sangat dress up kalo setakat nak pergi pasar malam. Tak perlulah nak pakai heels kalo takat nak pergi lepak mamak or mapley je. Be reasonable, unless ada candle light dinner ke or function yang memang kena pakai vogue, barulah pleasant di mata lelaki.

Kadang-kadang aku nak tergelak tengok fesyen wanita ni yang pada aku terlalu over. Kadang-kadang buat si lelaki ni naik takut sebab diorang just pakai jeans, t-shirt round neck dan sandle aje, tapi awek macam nak pergi ambil anugerah bintang populer.
Selalunya kes ini berlaku juga dekat student ipt mcm dekat kampus aku ni, kadang- kadang ada girls tu dressing cm nk pg APBH dah aku tengok. Kadang- kadang sampai tak boleh fokus dekat lecture . *hahak, terkantoi lak selama ni dlm lecture asyik usha awek jer kn ..haha

Al kisahnya lagi, pakaian ala-ala barat seperti skirt, spageti, baby tee, skinny jeans dan lain-lain memang lah menarik dan cantik. Tapi itu definisi kalau kita tanpa Islam. Kalau kita seorang muslim or muslimah, agak-agak cantik ke pakai camtu? Aku faham ada yang kata boleh oter kasi tutup tapi kalau still tak ikut syarak, apa gunanya kan? Nak pakai skirt tapi pakai legging?
Maaf buat yang tak paham, aurat wanita bukan takat menutupi aje, sebab ada dinyatakan supaya tidak berpakaian ketat seperti orang yang telanjang, so kalo pakai legging still ketat, dan seperti yang aku telah nyatakan pada entry yang lepas, nafsu lelaki bukan pada satu bahagian je.*oppss...ini naluri semua lelaki.
- eloknya kalau tutp aurat dengan sempurna, p janagn lah over sangat erk - 

Ada yang kata pakai jubah tak lawa, pakai jubah macam kolot, kampung. Tak try mana tau? Mak aku pakai jubah ok je, pada aku dia lawa walaupun dia dah tua. Kenapa aku kata jubah dan bukan baju kurung or yang sewaktu dengannya. Sebab jubah designnya memang loose. Jarang la orang buat jubah fit ikut body. Baju kurung, maaf cakap memang sopan, menutup aurat tapi sikap manusia ni yang suka sangat menunjuk-nunjuk buatkan ianya menjadi salah satu mangsa nafsu serakah. Baju kurung sopan kalo kena gaya, tapi kurang sopan kalau dibuat kain belah nampakkan betis. Tak sopan kalo sengaja diketatkan di bahagian pinggang, dada dan pinggul. Kebaya apatah lagi. Sebab tu dulu pernah ada kes orang kata "pakai baju kurung lagi senang kena rogol, sebab perogol just selak je kain then terus...". Satu lagi sebab adalah material kain itu sendiri yang cukup lembut sehinggakan bila angin bertiup, segala bentuk mukabumi akan kelihatan.Dan satu lagi , bila pakai baju tu, pilih lah baju yang tidak terlalu nipis, jangan la sampai lelaki terbeliak sebab boleh tengok wayang kulit free kan.

"Jaga maruah awak ye perempuan, kalau awak tak jaga, siapa lagi nak jaga kan" - j.c.o.b

p/s : stop dulu, panjang sangat nanti ada yang muntah... sambung nanti...

Posted on Tuesday, April 03, 2012 by IZZAT ZAFRI

1 comment

Thursday, March 29, 2012


pergh...ini ka bajet nak kahwin nanti???  mana nak cari banyak ni??? adoi- adoi...

hah..hampa nak tau lagi tak alasan sebab apa lelaki ramai yang susah nak dapat kahwin awal? apa? duit tak ada? mungkin la tu. tapi ini lah alasan- alasan yang selalu lelaki akan bagi bila ditanya pasal kahwin.

1."Duit belum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin la? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak dah aku tengok. Kita makan megi ja taw nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau pon. Megi pun dah nak naik harga!



2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata saja . Pompuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .hurmmm


3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit "abangku sayang", takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.* certain boys.


5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure sekarang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!..hahak


6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.*humble sikit


7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!


8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri lagi kan"
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak la kan.


9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan pulak".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki *sesetangah ja la. Pantang nampak laki kaya ja? tak kira la laki orang ka?.duda orang ka? terus tinggalkan kita.


10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.


11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!


12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan la, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!


13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!


14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la pulak" tak mahu ambik risiko la.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!


15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk dalam waiting list dia ja.


16. "Dia memang banyak helahlah, kejap suka kejap tak".
Pompuan memang camtu..tapi insyallah tak semua la kot.

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.


18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar. betulkah???


19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada degree ni ja nak terhengeh- hegeh dekat awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.


20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

PIKIR2 LAH BGI YG "gurls" TU...ahahahaha

Posted on Thursday, March 29, 2012 by IZZAT ZAFRI

3 comments

Friday, February 24, 2012


Asssalamualikum...
da makan  kea tu??? 
apa? tenga layan goreng pisang panas??? mboih..tak ajak orang pon erk *intonasi ngada


eh apa ke mimpinya tido tengah hari tadi erk tetiba ja Jat nak post entry baru  ni erk..
cEghita dia macam ni la, bangun ja tido tadi,tetiba tengok ada lagi member yang tadi  tengah gayut talipon ( dah start gayut sebelum jat tido lagi)
ntah la apa la yang dia tengh sembang pon tak tau la..hurm...
kadang- kadang jat feliks juga la apala tajuk yang depa sembangkan erk kadang- kadang tu sampai 2 jam boley sembang...hu korang suma da penah ka wat macam tu?? mendanya yang korang sembangkan tu?? gtaw la skit...:+)


Herm...kalau tak nak gitau suda...


Kalau hampa suma tak mau bagi tau, ha, biaq jat yang bagitau keburukan bergayut lama- lama di telephon erk~~

GEORGE TOWN 15 Mac – Persatuan Pengguna Pulau Pinang  (CAP) mendakwa penggunaan 
telefon bimbit secara berlebihan boleh menyebabkan penurunan bilangan sperma 
dan menganggu sistem hormon golongan lelaki.


Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, kajian CAP mendapati terdapat kaitan 
di antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit  
oleh seseorang lelaki.


Lelaki yang membuat panggilan lebih empat jam sehari mempunyai bilangan sperma 
yang paling kurang dan berkualiti rendah.“Manakala lelaki yang gemar menyimpan 
telefon bimbit dalam poket seluar pula berhadapan risiko kerosakan sperma,” dakwanya di sini hari ini.

hah, apa dia???? tak percaya ka ???
 up to you la.. i just tell the truth..


alah, tak salah la kalau nak bergayut tu, tapi jangan la lama sangat tau...(tak sayang bini kea???)


apa kata kita sama- sama kurangkan bergayut dengan telephon tu, sms pon apa la kurangnya, banyak kelebihan juga kan..lagipon fungsinya lebih kurang sama juga la kan..


1. Di mana sahaja korang boleh ber-SMS; di bilik tidur, di kamar mandi, di dalam bas atau LRT sambil berdiri, tak perlu beri alasan: “Maaf, sini bising…. nanti abang telefon lain.”hehe


2. Senang untuk jimat duit. Kalau sekadar nak ucap selamat malam atau lafazkan rasa rindu pada kekasih, boleh sahaja SMS dari telefon langsung orang itu. Nanti telefon lama pula berbual sampai terlupa nilai kredit yang ingin dijimat.


3. Tidak akan timbul isu “letak telefon tiba-tiba” yang akan menyebabkan anda berbual seorang diri selama beberapa minit sebelum menyedari yang orang di hujung talian sudah tiada.


4. SMS boleh jadi rekod jangka panjang dalam inbox. Kalau dalam perkahwinan, SMS boleh jadi bahan bukti untuk dibawa ke makhamah bagi kes cerai. Dalam percintaan orang muda, SMS pula ialah rekod kenangan antara dua orang kekasih.


5. Tidak perlu terburu-buru membalas SMS seperti kita menjawab telefon. SMS mungkin dapat waktu pagi, tetapi kalau korang  rasa nak balas waktu tengah hari, terserah lah. Asalkan puas dan selesa.


6. Privasi pon terjamin. Di pejabat ataupun di kampus selalunya nak menjawab telefon. Satu orang ramai dan kedua korang mungkin tidak ingin perbualan anda didengari oleh orang lain. Dengan SMS, rahsia anda adalah antara anda dan si dia.


7. Komunikasi berjalan sepanjang hari. Ada ke orang bergayut di telefon dari pagi sampai ke malam? Kalau SMS, ya, itu normal lah. 




p/s : sms pon boley kan ...p jangan la jadi macam member jat yang sorang ni, sampai mandi pon dia boley bawa hendphon dia sekali mandi ...kah...kah..kah..



Posted on Friday, February 24, 2012 by IZZAT ZAFRI

No comments

Wednesday, December 28, 2011

[ASSALAMUALAIKUM]
Selamat menjawab peperiksaan kepada semua rakan- rakan yang sekarang bertukus- lumus mengulangkaji pelajaran.( bajet ja macam aku tak da exam)..
kepada member yang mana ada aku buat salah dekat hampa semua tu, dengan rasa sangat bersalah, aku mohon maaf la erk.
sebelum nak habis cakap. nih ada present sikit dekat hampa semua...teknik yang selalu digunakan sebelum nak exam...
===============klik gambar atas untuk lebih jelas==============

p/s : hopefully..jangan la hampa semua tiru cara ni erk...sangat terukkkkkkkkk..(macam pena buat ja kn)

Posted on Wednesday, December 28, 2011 by IZZAT ZAFRI

7 comments

Tuesday, April 26, 2011

member2 aq yg aq sgt kasihi...ms akita telah tamat dlm era tamhidi..p persahabatn kita ttp trjlin k..
wlopon mybe kita x mgkin brjmpa lg lpas ni, hopefully ampa suma x sombog k...still contax2 k...
mcm mna pon trjdi we`re friend 4ever k...hnya maut mmisahkn kita suma...
hopefully 4 de  rest of our live in blessing of Allah la erk...
setiap pahit manis yg kita lalui bersama2 spnjg pknln kita ini mugkin aq boh dlm frem spya aq boley igt sllu dkt korang  pa yg mnjdi pgjran dkt aq spnjg aq brsma ampa suma...
~muaz: mmber aq yg sllu bersma aq n aq harap kita ikhlas la mnjd shbat
~zikri: ag la ktua yg plig aq respect....wlopon hnya grup kita yg ag jd leader, p tggungjwab 2 x pna lpas
~khalaf : ag mmber yg suka sharing gn aq, tq sbb mmbuat aq sedar pntingnya makna hidup
~haris : mu la saem yg ssh nk cri, aq sllu tnya ag sbb aq ni jahil, aq harap aq tnya mnda2 ni suma mnjadi pgangan hidup aq hingga aq msuk kubur-slma-lmanya
~yob : aq mnx maap sbb sllu aq bnyk mnykt aq, p 2 hnya skdar sbgai mmber ja,,,
~zulaikha : aq mnx maap la erk kkdg aq mlwk scra x sdr ka o kkdg ag trasa
~mc. na : aq mnx maap la erk kdg2 ag trasa gn pa yg aq wt
~fathiyah : u`re the cute ...hihik(jgn mara erk)
~wan : kdg2 kita dok mlwk mgkin aq sdar ag trasa , pa pon aq arap ag maapkn aq la no
~nabila : klw da pa2 yg aq wt salah dgn ag aq mnx maap la erk
~pipah : sam al , ag kkdg wt lawak yg ag pna wt da, p aq x gelak pon, ag jgn mara erk sbb lwak 2 da aq pna dga da
~hidayu : aq mnx maap la erk sbb aq sllu kta dkt ag. ustaz ridhwan dok laga2 2 dya mlawak ja suma 2. jgn mwk aty la no
~liyana : ag pon, aq kdg2 terlpas kta2 yg x sptotnya, aq mnx maap bnyk2 la no..

laz skli aq harap2 semua yg aq pnah aq wt apa2 pon aq mnx tlong halalkn la erk, moga2 hampa mnjalni idup ini dgan cahaya kebahagian.

Posted on Tuesday, April 26, 2011 by IZZAT ZAFRI

No comments