Rogol!!! Cabul!!! Perkosa!!! Ragut!!! dan sesetengah tu sampai bunuh!!!

Apa pasal semua ni selalu jadi kepada perempuan?
Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya perkara- perkara seperti ini adalah seperti berikut:
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan bermaksud  percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksudnya ialah mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

2. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ka, persatuan wanita di kawasan anda ka, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Kebnyakan golonngan belia dan remaja la yang selalu bersosial sebegini. Selalu berparti di Night Club akan menjadi mangsa kepada lelaki pemangsa.
So, control lah dirimu wahai wanita.

3. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?
Wanita berilmu yang ingin saya sampaikan di sini adalah wanita yang mementingkan ilmu kehidupan seperti memgetahui tahap perhubungan antara lelaki dan perempuan, mengetahui pada siapa dia ingin mengadu dan tahu menyelesaikan segala permasalahan.

Yang selalu menjadi masalahnya adalah wanita yang apabila mempunyai masalah sahaja, lelaki atau boyfriendnya juga lah yang dicari. Memanglah "sharing is Caring" tapi sharing la pada tempat yang betul. Oleh itu, wanita perlulah meletakkan pada tempat yang betul haknya sebagai seorang wanita, bukan lah teman lelakinya yang didahulukan, tapi keluarga dan Penciptanya yang lebih diutamakan dulu.

4. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati? awwww....

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK BERAPA “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang LEBIH “handsome”?
"dont judge a book by the cover" ha..pandai pon sebut.. So, amalkan lah wahai wanita semua.
Jangan terlalu memilih dan menjadikan lelaki "handsome" dan "cute" adalah ciri utama, tetapi cari lah lelaki yan berbudi dan berilmu, itu yang utama.
Ini adalah peringatan untuk kaum wanita semua!!!
Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

5. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Wanita seperti selalunya akan risau terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

P/S: Ingatkah...kalau hendak orang jaga diri kita , kita dahulu yang perlu menjaga diri sendiri..jaga aurat dan pergaulanmu maka selamatlah kamu wahai wanita.