Asssalamualikum...
da makan  kea tu??? 
apa? tenga layan goreng pisang panas??? mboih..tak ajak orang pon erk *intonasi ngada


eh apa ke mimpinya tido tengah hari tadi erk tetiba ja Jat nak post entry baru  ni erk..
cEghita dia macam ni la, bangun ja tido tadi,tetiba tengok ada lagi member yang tadi  tengah gayut talipon ( dah start gayut sebelum jat tido lagi)
ntah la apa la yang dia tengh sembang pon tak tau la..hurm...
kadang- kadang jat feliks juga la apala tajuk yang depa sembangkan erk kadang- kadang tu sampai 2 jam boley sembang...hu korang suma da penah ka wat macam tu?? mendanya yang korang sembangkan tu?? gtaw la skit...:+)


Herm...kalau tak nak gitau suda...


Kalau hampa suma tak mau bagi tau, ha, biaq jat yang bagitau keburukan bergayut lama- lama di telephon erk~~

GEORGE TOWN 15 Mac – Persatuan Pengguna Pulau Pinang  (CAP) mendakwa penggunaan 
telefon bimbit secara berlebihan boleh menyebabkan penurunan bilangan sperma 
dan menganggu sistem hormon golongan lelaki.


Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, kajian CAP mendapati terdapat kaitan 
di antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit  
oleh seseorang lelaki.


Lelaki yang membuat panggilan lebih empat jam sehari mempunyai bilangan sperma 
yang paling kurang dan berkualiti rendah.“Manakala lelaki yang gemar menyimpan 
telefon bimbit dalam poket seluar pula berhadapan risiko kerosakan sperma,” dakwanya di sini hari ini.

hah, apa dia???? tak percaya ka ???
 up to you la.. i just tell the truth..


alah, tak salah la kalau nak bergayut tu, tapi jangan la lama sangat tau...(tak sayang bini kea???)


apa kata kita sama- sama kurangkan bergayut dengan telephon tu, sms pon apa la kurangnya, banyak kelebihan juga kan..lagipon fungsinya lebih kurang sama juga la kan..


1. Di mana sahaja korang boleh ber-SMS; di bilik tidur, di kamar mandi, di dalam bas atau LRT sambil berdiri, tak perlu beri alasan: “Maaf, sini bising…. nanti abang telefon lain.”hehe


2. Senang untuk jimat duit. Kalau sekadar nak ucap selamat malam atau lafazkan rasa rindu pada kekasih, boleh sahaja SMS dari telefon langsung orang itu. Nanti telefon lama pula berbual sampai terlupa nilai kredit yang ingin dijimat.


3. Tidak akan timbul isu “letak telefon tiba-tiba” yang akan menyebabkan anda berbual seorang diri selama beberapa minit sebelum menyedari yang orang di hujung talian sudah tiada.


4. SMS boleh jadi rekod jangka panjang dalam inbox. Kalau dalam perkahwinan, SMS boleh jadi bahan bukti untuk dibawa ke makhamah bagi kes cerai. Dalam percintaan orang muda, SMS pula ialah rekod kenangan antara dua orang kekasih.


5. Tidak perlu terburu-buru membalas SMS seperti kita menjawab telefon. SMS mungkin dapat waktu pagi, tetapi kalau korang  rasa nak balas waktu tengah hari, terserah lah. Asalkan puas dan selesa.


6. Privasi pon terjamin. Di pejabat ataupun di kampus selalunya nak menjawab telefon. Satu orang ramai dan kedua korang mungkin tidak ingin perbualan anda didengari oleh orang lain. Dengan SMS, rahsia anda adalah antara anda dan si dia.


7. Komunikasi berjalan sepanjang hari. Ada ke orang bergayut di telefon dari pagi sampai ke malam? Kalau SMS, ya, itu normal lah. 




p/s : sms pon boley kan ...p jangan la jadi macam member jat yang sorang ni, sampai mandi pon dia boley bawa hendphon dia sekali mandi ...kah...kah..kah..