Assalamualaikum...
ha..
tangan ni sudah gatal la plak nk menaip kt keyboard ni la..tajuk kali ini jat nak tulis entry yg jiwang la sikit.
Bukan jat baru frust bercinta ka apa ka erk... Menulis ni sebab da sorang member jat ni, cinta dia ditolak la katakan (padahal dya syok sendiri kot tu, sory bro, gua menulis ni pon sebab nk bg gulz lu taw pa yg patot dya buat masa dya nak tolak lu, tak la lu merana camtuh erk). ha..
Sudah la nak intro panjang- panjang ni...kembali kepada tajuk semula.
okeyh..
WAHAI LADIES sekaliann (guys, u alls kna la baca juga taw )..
meh kita mulakan diskusi kita kali ini(nak mula la ayat poyo dya tu)hihi

First of all, kena Ambil Sikap Berlawanan

Ketika dia telah menyuarakan perasaannya, tentu ada sesuatu yang membuatnya tertarik kepada anda. Mungkin keceriaan anda, sifat anda yang feminisme atau macho(guys la), atau kerana sikap perihatin anda, serta banyak perkara lagi yang boleh membuat seorang tertarik kepada anda.Seperti yang selalu diungkapkan oleh kita semua 'Sharing is Caring'. Kalau boley 'pause' sebentar la sifat caring anda tu erk.

Gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan sikap yang berlawanan. Jika selama ini anda seolah-olah memberi perhatian atau seorang yang perihatin, maka kurangkan perihatin anda kepadanya. Jika dia tertarik dengan sikap anda yang apa adanya, tidak ada salahnya tampil 'nakal' atau 'gedik' sedikit di depannya (jangan gedik sampai menjatuhkan maruah anda). Sikap ini akan membuat dia berfikir semula untuk memilih anda. Jangan bimbang kerana paling teruk pun, dia akan berfikir bahawa anda tidak ada pendirian tetap dan tak ada kelas.

Cara ini mungkin lebih mujarab jika anda bercakap mengenai lelaki lain ketika bersamanya. Ini cara terbaik untuk memadam keinginannya untuk menjadi kekasih anda. Katakan betapa anda amat tertarik pada lelaki atau wanita itu, dan berharap boleh menjadi kekasihnya. Percakapan ini boleh menjadi jarak, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa anda hanya ingin menjadikan dirinya sebagai kawan biasa dan sebagai tempat untuk berkongsi cerita sahaja.

Selepas itu, Jangan la terlalu 'Terbuka'

Jangan beri kesempatan kepadanya untuk membuat tafsiran terhadap diri anda. Kecuali dia memang sudah mengetahui hubungan anda berdua hanya sebagai sahabat baik. Jangan mengungkapkan perasaan, emosi, atau sesuatu masalah yang terjadi terhadap diri anda kepadanya. Ceritakan perkara-perkara biasa yang gembira sahaja. Lelaki cenderung merasakan telah diberi hati, dan dipercayai, jika dirinya telah dijadikan tempat mengadu nasib dan tempat meluahkan perasaan oleh wanita idamannya. Apalagi jika dirinya diminta untuk membantu menyelesaikan masalah.Hal ini kerana sifat seorang lelaki akan merasa dirinya diperlukan anda. Lelaki sangat suka jika dapat membantu menyelesaikan masalah temannya terutamanya wanita.

Selain itu, jangan beri peluang untuknya mengungkapkan keadaan hatinya kepada anda. Kalau dia mengatakan sedang menghadapi masalah dan ingin bercerita, tolaklah secara halus. Katakan anda sedang sibuk atau sebagainya. tetapi jika dia sudah berada di hadapan anda, cukuplah hanya menjadi pendengar yang baik. Jangan memberi apa-apa saranan atau bersimpati dengannya.Buat 'don`t know ja la'..Ini supaya dapat menunjukkan kepadanya bahawa anda bukanlah teman yang sesuai kerana tidak dapat menjadi pendengar dan pekongsi yang baik.

Kemudiannya, perlu la menjauhi dari Berdua-duaan dengannya.

Umumnya lelaki akan cari kesempatan untuk rapat dengan wanita yang disukainya dan berusaha untuk mengungkapkan perasaannya. Dari itu jangan beri ruang antuk anda berdua-duaan dengannnya. Kala dia mengajak anda keluar berdua dengannya, tolaklah dengan halus, samada katakan anda ada urusan lain atau katakan anda lebih suka keluar beramai-ramai, parent tidak mengizinkan or alasan yang yang munasabah. Anda tetap keluar bersamanya tetapi dengan kawan-kawan anda atau kawan-kawannya dan tidak bersendirian dengannya sahaja. Pergilah makan bersama atau membeli-belah beramai-ramai. Lagipun bukankah persahabatan sejati, harus saling menghargai kebebasan setiap individu.(alasan yang agak munasabah).

Kalau anda mahu memberi alasan yang lebih berkesan ialah dengan mengatakan kepadanya bahawa ingin menjaga 'Ikhtilath' dalam perhubungan. Insyallah dalam masa yang sama anda mungkin dapat berdakwah kepadAnya sekaligus.(muka tangah ketat aja )

Kalau dia berkunjung ke rumah, pastikan ada teman-teman, sanak saudara atau ahli keluarga anda berada di rumah dan tetap bersama anda melayani di ruang tamu. Dengan cara ini, dia tidak mempunyai waktu untuk mengenali anda dengan lebih mendalam. Dan anda pun tidak akan menghadapi situasi tidak menyenangkan kerana terpaksa menjawab lamaran hatinya. Kalau dia bersungguh-sungguh juga mahu menyuarakan hasrat hatinya, paling tidak pun dia mencari alternatif lain, seperti menelefon, melalui surat, email atau SMS  . Anda tidak akan tertekan memberikan jawapan kepadanya kerana dia tidak ada di depan mata anda. Jika anda menolak pun anda boleh memainkan bahasa yang baik tanpa dia di depan mata.
Haa..kepada  yang mungkin ada niat nak menolak seseorang itu, jangan lah terlalu menampakkan bahawa terdapat kekurangan pada dirinya. hala ini kerana dengan tidak manjatuhkan maruahnya didepan anda, dia akan merasakan mungkin tiada keserasian saja tidak merasakan dirinya terlalu banyak kekurangan.Cuba nada bayangkan la anda pada situasi sesorang yang 'ditolak' cinta itu, agak-agak anda, apakah perasaan anda pada masa itu jika anda direndah- rendahkan maruah dihadapan mereka, malu la kan.Oleh itu, tolak lah dengan cara yang sangat berhikamh supaya kita dapat menjaga hati orang lain.


p/s : jangan mengharap pada yang tak sudi... jodoh ditangan Allah, mesti ada punya la nanti. TUNGGU masanya saja.