Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 

eherm..bangganya dulu- dulu bila jat dgn kengkawan menyanyikan lagu Negaraku depan perhimpunan pagi. Semangat gitu, hehe.

Tapi , baru- baru ni, jat da terbaca  berita mengenai seorang pelajar U yang telah menghina lagu ni. Apa lah yang menganggu emo budak ni erk, dah x da sivik la kot tu. Belajar da sampai masuk U pon masih dah tak boleh pikir lagi dah ke??
Hurm..Nak tengok ke apa kebodohan budak tu telah buat??? Kalau hampa semua boley pikir secara waras, tolong la jangan buat macam ni erk.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.
"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.




p/s : kalau lah marah sangat dekat P.M pon, jangan lah ekut Emo tu sangat, ni sampai masuk berita plak tu. Buat malu golongan Mahasiswa aja la.