.:::Assalamualikum warahmatullah:::.
Selamat to you all semua erk...
Selalunya kan lelaki ni kalau ramai -ramai bergosipkan sesama member la kan, antara topik panas apa erk? yang aku tahu selalunya  pasal "pompuan" a.k.a awek la...
hah..Jat hari ini nak cerita sikit tentang pompuan @awek cantik, ayu, manis, gorgeous *sori kalau silap eja erk.
Kebanyakan kita kurang arif tentang istilah apabila hendak ditujukan kepada seseorang perempuan tersebut.
Cuba hampa tanya cantik dekat perempuan dengan cantik dekat lelaki. Adakah jawapannya akan jadi sama meaning? Cuba hampa tanya pulak dekat wanita yang bukan muslim, apa pengertian cantik bagi mereka? Sama tak pengertian cantik bagi seorang wanita muslim?

Yang pasti, ianya takkan sama. Cantik pada seorang wanita mestilah ada mekap, perfume, baju yang 'vogue', tas tangan, body yang umphh dan lenggang lenggok yang menarik perhatian. Tapi tu ke definisi dari mata seorang lelaki? Perlu ke hampa habiskan duit riban-riban semata-mata nak nampak cantik?
Sebenarnya itu definisi cantik hampa sahaja,  tetapi tidak pada lelaki?

Sebut pasal rambut, pasti ada yang kata itulah mahkota seorang wanita. Ye ke? Bukan mahkota tu 'dara' ke?(sori kalau tersensetiv) So lebih rela berkorban segala-galanya demi rambut dari kedaraan itu sendiri ke?
Hehehe, rambut itu memang cantik, tipulah kalau lelaki tak minat pada style dan gaya rambut seorang wanita. Panjang? Pendek? Rebonding? Ikal? Kerinting? Semuanya ada tarikan tersendiri.
- kalau macam ni , cantik ker?-

Tapi, andai hampa kata rambut itu sebahagian dari mahkota, bukankah orang yang lebih layak melihatnya adalah mahram hampa sendiri atau insan yang lebih berhak iaitu suami ? So kenapa perlu dipertontonkan kepada khalayak ramai?
Kenapa perlu ditogelkan ianya tanpa pakaian, ibarat badan tanpa baju dan seluar. Cantik free hair, cantik lagi bila menutup aurat (bertudung yang betul). Tak percaya, tengok artis bila depa pakai tudung, pada aku lagi lawa kot bertudung compare bila buka tudung.

- amboi, cantiknya kak Ana bila pakai tudung sekarang ni, lagi cantik dari free hair yg dah macam mak limah balik kampung ja pon..hehe - 

Muka ni lazim la kan orang akan kata cantik. Seperti kata pensyarah aku , istilah kacak atau cantik atau menawan  adalah muka, muka mestilah simetri kan, kalo tak simetri tu ada masalah urat saraf tu.hahak..

-simetri wajah manusia- 

Muka wanita ni sebenarnya dah ok tanpa mekap, lebih natural look mungkin kurang saturation warna aje kot. So kalau diwarnakan sedikit (mekap) akan naik serinya. Tapi bila over mekap, ia akan jadi sesuatu yang agak menjengkelkan dan menakutkan.

- dah serupa macam badut dah aku rasa, haahaak - 

Kalo tanya lelaki, diorang lebih suka wanita mekap yang biasa aje, gincu, pemerah pipi dan sedikit eye shadow, mugkin bedak sedikit sudah memadai. Tak perlulah nak letak eye shadow sampai kaler pelangi, takut lari lelaki nanti.

Biasa tengok wajah ibu kita yang tanpa mekap, tapi kita rasa sejuk je hati dan suka menatap wajah mereka. Kalo tanya mesti rahsianya adalah???? Wudu' itu sendiri.

-Wuduk juga menjadi pembersih wajah terbaik..tak perlu la sangat nak bebelanja untuk scrub mahal pon.-

Baju atau pakaian.
 Part ni yang agak penting bagi wanita. Sebab definisi korang sangat berbeza dengan lelaki.
Pakaian bagi lelaki, :- asalkan tak koyak, muat, selesa, bersih itulah yang akan jadi pakaian harian diorang. Beli pakaian, siapa lagi cerewet? Lelaki atau wanita? Aku pernah ikut kaum wanita mencari tudung je sampai nak terbakar kaki aku berjalan sepanjang Jalan Masjid India tu. Tu baru tudung, baju? seluar? kain? bla bla bla even undies pun sangat cerewet. Kadang-kadang nak cari yang terlalu vogue, padahal si lelaki ni lebih selesa dengan pakaian biasa aje. Tak perlu nak beria-ria sangat dress up kalo setakat nak pergi pasar malam. Tak perlulah nak pakai heels kalo takat nak pergi lepak mamak or mapley je. Be reasonable, unless ada candle light dinner ke or function yang memang kena pakai vogue, barulah pleasant di mata lelaki.

Kadang-kadang aku nak tergelak tengok fesyen wanita ni yang pada aku terlalu over. Kadang-kadang buat si lelaki ni naik takut sebab diorang just pakai jeans, t-shirt round neck dan sandle aje, tapi awek macam nak pergi ambil anugerah bintang populer.
Selalunya kes ini berlaku juga dekat student ipt mcm dekat kampus aku ni, kadang- kadang ada girls tu dressing cm nk pg APBH dah aku tengok. Kadang- kadang sampai tak boleh fokus dekat lecture . *hahak, terkantoi lak selama ni dlm lecture asyik usha awek jer kn ..haha

Al kisahnya lagi, pakaian ala-ala barat seperti skirt, spageti, baby tee, skinny jeans dan lain-lain memang lah menarik dan cantik. Tapi itu definisi kalau kita tanpa Islam. Kalau kita seorang muslim or muslimah, agak-agak cantik ke pakai camtu? Aku faham ada yang kata boleh oter kasi tutup tapi kalau still tak ikut syarak, apa gunanya kan? Nak pakai skirt tapi pakai legging?
Maaf buat yang tak paham, aurat wanita bukan takat menutupi aje, sebab ada dinyatakan supaya tidak berpakaian ketat seperti orang yang telanjang, so kalo pakai legging still ketat, dan seperti yang aku telah nyatakan pada entry yang lepas, nafsu lelaki bukan pada satu bahagian je.*oppss...ini naluri semua lelaki.
- eloknya kalau tutp aurat dengan sempurna, p janagn lah over sangat erk - 

Ada yang kata pakai jubah tak lawa, pakai jubah macam kolot, kampung. Tak try mana tau? Mak aku pakai jubah ok je, pada aku dia lawa walaupun dia dah tua. Kenapa aku kata jubah dan bukan baju kurung or yang sewaktu dengannya. Sebab jubah designnya memang loose. Jarang la orang buat jubah fit ikut body. Baju kurung, maaf cakap memang sopan, menutup aurat tapi sikap manusia ni yang suka sangat menunjuk-nunjuk buatkan ianya menjadi salah satu mangsa nafsu serakah. Baju kurung sopan kalo kena gaya, tapi kurang sopan kalau dibuat kain belah nampakkan betis. Tak sopan kalo sengaja diketatkan di bahagian pinggang, dada dan pinggul. Kebaya apatah lagi. Sebab tu dulu pernah ada kes orang kata "pakai baju kurung lagi senang kena rogol, sebab perogol just selak je kain then terus...". Satu lagi sebab adalah material kain itu sendiri yang cukup lembut sehinggakan bila angin bertiup, segala bentuk mukabumi akan kelihatan.Dan satu lagi , bila pakai baju tu, pilih lah baju yang tidak terlalu nipis, jangan la sampai lelaki terbeliak sebab boleh tengok wayang kulit free kan.

"Jaga maruah awak ye perempuan, kalau awak tak jaga, siapa lagi nak jaga kan" - j.c.o.b

p/s : stop dulu, panjang sangat nanti ada yang muntah... sambung nanti...