Assalamualikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Mungkin ada yang sedar ataupaun tidak dengan isu yang diperkatakan sekarang.
Jika sesetangah anak muda yang terlalu fanatik akan sesuatu mesti akan cakna tentang isu ini. Isu yang saya ingin perkatakan ini adalah berkenaan dengan isu Konsert P-pop Storm Live in Malaysia yang akan diadakan secara besar- besaran yang akan diadakan pada 6 November ini.

Kini pelbagai pihak sedang giat mengadakan bantahan terhadap konsert tersebut. Bantahan ini bukanlah menolak konsert k-pop tersebut semata- mata, tetapi menolak budaya yang telah dibawa untuk tatapan belia kita. Cukuplah dengan budaya artis tempatan kita yang sering menjadi tohmahan masyrakat, ini ingin ditambah pula dengan budaya artis luar yang sebegiu rupanya.


Terdapat beberapa motif mengapa konsert ini dibantah sekerasnya :
1) Penganjuran konsert K-Pop merupakan suatu serangan secara terang-terangan khususnya terhadap pemikiran belia yang menghasilkan pelbagai kesan negatif terhadap mereka. Perkara tersebut mampu mempengaruhi minda remaja kerana mendorong mereka untuk terikut-ikut dengan budaya luar.

3) “Kita diserang melalui pemikiran yang merosakkan minda, cara berfikir, kewarasan berfikir kita dan jati diri umat kita, bahkan secara tidak langsung serangan ini menyerang AKIDAH kita.”

4) Konsert K-Pop sebagai suatu yang melampau berikutan unsur-unsur PORNO yang ditonjolkan di dalam persembahan mereka. “Banyak di sana unsur-unsur porno dan juga promosi pergaulan BEBAS di antara lelaki dengan perempuan, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan dan ini satu perkara yang sangat bahaya kepada identiti dan jati diri golongan belia.”

5) Isu K-Pop ini dari sudut  pemakaian artis-artisnya yang (SEKSI) tidak bertepatan dengan budaya ketimuran di Malaysia.

6) Tiada unsur positif yang terdapat di dalam konsert tersebut melainkan hiburan yang MELALAIKAN semata-mata.
“Kalau tujuannya semata-mata hiburan, memang melalaikan. Bahkan hiburan yang boleh memberikan sesuatu seperti menghilangkan tekanan, jangan letakkan itu sebagai prioriti dalam kehidupan kita kerana wawasan kita adalah lebih jauh,” Bahkan mesti ramai belia akan mempersoalkan dengan mengungkit konsert- konsert artis tempatan yang juga dilihat 'lebih kurang' sahaja penampilan mereka dengan artis Korea, tetapi mengapa tidak dihalang sekeras- kerasnya.

Motif yang telah diajukan hanyalah sebahagian sahaja ,terdapat pelbagai lagi unsur- unsur yang negatif yang perlu kita tolak. Perlu diingatkan bahawa konsert K-POP yang telah diadakan pada bulan Mei anjuran Menteri Belia dan Sukan mendapat maklum balas yang sangat tidak memuaskan, apakah kita mahu mengulangi perkara tersebut kali kedua? "Jadilah Negara yang betul- betul menagungkan Islam sebenarnya. Itu yang ditunggu- tunggu rakyat jelata".

"Ala banyak lagi perkara yang tidak bertepatan dengan ajaran Islam, kenapa tidak betulkan pon, dan banyak lagi perkara yang perlu diamalkan untuk menegakkan islam, kenapa tak diamalkan pon?" itulah persoalan yang akan ditimbulkan oleh segolongan masyarakat.

 "Dan ingatlah, jika kita tidak mampu melakukan segala tuntutan yang telah disyariatkan, JANGANlah kamu tinggalkan semua, lakukanlah seringan- seringan amalan, nescaya akan di Hisab di Akhirat kelah walaupon sekecil zarah amalan itu"

Untuk itu, marilah bersama- sama kita suarakan bantahan kita untuk menolak budaya yang akan mengugat budaya dan Agama Islam dengan mengatakan "Say NO to Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia "


p/s :Konsert “WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia” itu dibawakan khas oleh WBS dengan kerjasama dari syarikat pengurusan Happy Entertainment, Mega Ultimate dan CFA x NUDE sertaTicket Charge sebagai agen tiket rasmi manakala Sunway Lagoon sebagai penaja lokasi konsert dan disokong oleh Korean Tourism Organization bersama Tourism Malaysia.
 WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia” pada 6 November ini yang akan menampilkan persembahan daripada barisan artis terkenal Korea.