"Sejak awal-awal lagi, saya, bukan sahaja saya sebenarnya telah dimomokkan dengan kerahsiaan yang melampau dan membantutkan. Istilahnya ialah, “sir wa hazar”.

Sir ialah kerahsiaan. Hazar pula ialah kewaspadaan. Pernah Ustaz Azizan, bekas ahli PMIUM yang kini menjadi pegawai agama dalam ketenteraan menyebut, kerahsiaan wujud kerana takut. Saya terfikir ketika itu,

“Jadi, apabila ketakutan sudah hilang, maka tidak perlulah lagi kepada sir tersebut”.

Sir perlu untuk menjaga keselamatan gerakan. Itulah yang saya pegang selama ini. Pantang sekali perkataan-perkataan Arab yang berbaur gerakan disebutkan di hadapan ramai. Perkataan bai’ah, tamrin, amir, dan sebagainya menjadi satu fenomena yang sepatutnya dielakkan.

Saya juga begitu. Tidak berani menyebut perkataan Arab tersebut di khalayak. Saya bimbang dengan itu, rahsia akan terbongkar dan akan menimbulkan satu ketakutan.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang berbaur gerakan, saya juga dilarang untuk mendedahkan fakta ceramah kepada orang lain. Jika saya mendengar ceramah tentang aqidah dan perjuangan sebagai contoh, atau jihad jalan kami, maka fakta ceramah tersebut adalah satu perkara yang rahsia dan harus dirahsiakan.

Malah masih ada ceramah yang mana pendengar dilarang mencatitnya untuk menjaga keselamatan. Yang perlu, cukuplah dengan hanya mengingat, menggunakan otak.

Alangkah, saya terperosok dalam lingkungan sir yang terlampau.

Banyak lagi fenomena sir yang tragis menimpa dogma ahli gerakan. Saya kemukakan beberapa contoh. 

Tempat program dirahsiakan atau dipindahkan ke satu tempat yang jauh untuk menjaga keselamatan. Ketakutan kepada polis adalah melampau-lampau. Begitu juga ketakutan dengan pihak pentadbir.

Kenapa sampai begitu? 

Saya melihat, sir ini adalah rahsia strategi manakala hazar pula adalah kewaspadaan merupakan satu perkara yang lebih penting.

Selain dari itu, sbb lainnya adalh kpmpnan dlmn sndiri yg pnkut nk mlumkn orgnssi pd ahli jmaah sdiri.

1) takut risiko.
2) malu kalau ahli bawah tahu mereka pimpinan dalaman (kerana merasakan diri masih tidak layak dan 'thiqah').
3) salah faham yang sudah dianuti dari kepimpinan terdahulu yg meletakkan kerahsian yang melampau sampai 1 tahap menjauhkan sahabat sediri di tempat kediaman (asrama,rumah sewa) kerana tak tahan dengan kita yg telalu banyak berahsia tak kena tempat.
4)menganggap semua dari abang- abang terdahulu mesti diteruskan sistemnya,pegerakannya dan tak berani nk mengubahnya.
5) ahli jemaah kampus mempunyai murabbi dikalangan mereka yang hanya pernah terlibat d kmpus zaman2 dulu,tapi sebenarnya tak terlibat dgn harakah Islam semasa sekarang.sekadar jadi pemerhati atas alasan,malas nak menonjol diri la.
6) masalah ahli jemaah yang masih diragui amanh mrk smpi bnyk pkra dismbunyikan dari ahli jmaah bawahan.

Kesan daripada sir yang biasa diamalkan dalam kebanyakan gerakan ialah:

• Dakwah tidak tersampai dengan lebih meluas lantaran maklumat ceramah dan program ditutup serapat-rapatnya.
• Lahirnya ahli yang penakut dan tidak berani, bukannya melahirkan ahli yang bijak dan berani berdepan.
• Kefahaman tentang gerakan Islam tidak meluas sebaliknya bersifat eksklusif kepada ahli yang terpilih sahaja

Saya ingin bertanya kepada yang terlalu menjaga rahsia. Apakah tarbiah ini hanya eksklusif untuk sesetengah orang? 
Apakah kamu ingin menyembunyikan hasil tajuk ceramah sedangkan buku-buku yang membincangkan tentang jihad sudah melebar? Bahkan tajuk tentang gerakan Islam sudah pun dibincangkan secara terbuka sebenarnya.

Apa yang perlu dirahsiakan sebenarnya? Maklumat atau hanya tanzim? Mengapa kita perlu takut sedangkan Hammas yang berdepan dengan kematian lebih berani menzahirkan gerakan mereka.Tetapi dalam keterbukaan gerakan mereka ada juga sir dan hazar dalam strategi dalam gerakan yang dirahsiakan.Itu yang boleh kita katakan implimentasi sir dan hazar yang sebenarnya dan bukannya ber'sir' dan 'hazar' sehinggakan senyap dan 'beku' diibaratkan erti kata yang kasar sedikit sebagai 'pengecut'. Kerahsiaan yang terlalu rapat berlaku lantaran ketakutan yang menyelimuti.

Saya tidaklah mengetepikan kepentingan sir itu sepenuhnya. Bahkan saya mengerti banyak hadis nabi yang menyeru kepada sir, namun lihatlah pula kepada kondisi hadis tersebut. Bahkan saya ingin menunjukkan bukti, betapa Ikhwan Muslimin dan beberapa gerakan yang lain secara terbuka mengemukakan beberapa strategi tarbiah mereka. Kita pula?

Kita mesti membuka ruang sebanyak mungkin. Buka pintu sir itu secepat mungkin. Cara membukanya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan membentuk keberanian dan kekuatan.

Maka saya memberanikan diri pernah menyertai tamrin secara terbuka. Saya menerima tarbiah secara zahir. Namun masih ada  beberapa perkara yang saya rahsiakan untuk kebaikan yang lebih baik.

Kewaspadaan yang terpenting. Waspada dengan sesiapa sahaja. Dalam dunia risikan, tutup mulut, buka mata dan pasang telinga. Atau lempar tangan kanan dan sembunyi tangan kiri. Jangan mempercayai sesiapa sahaja. Ini dalam dunia risikan, atau ketenteraan.

Kewaspadaan diamalkan oleh nabi SAW namun dalam masa yang sama, banyak kali juga nampaknya nabi ‘menolak’ kewaspadaan. Baginda mencabar Romawi yang terlatih. Baginda menghantarkan surat kepada banyak kerajaan yang besar termasuk Hercules. Hasilnya, nabi dipukul berkali-kali. 

Tolong fahami kewaspadaan bagaimana sebenarnya yang diamalkan oleh rasul kita yang terjunjung.

Lalu sepatutnya, kita menceritakan semua hasil ceramah dan hasil program kita kepada orang lain. Tentang program, rahsiakanlah. Kita mesti berkongsi dengan orang lain apakah manhaj dan bentuk tarbiah kita. Jangan sorok-sorokkan.

Saya rasa, kita perlu memahami satu konsep fiqh usul, “Islam, apabila ia sempit, maka luaskanlah. Jika luas, maka sempitkanlah”.

-  Perkongsian Oleh Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Pertamanya "Kerahsiaan Yg Membantutkan".. Memang seolah-olah satu sindiran sinis khususnya kpd ahli-ahli  gerakan yg masih blm memahami konsep ini sehadamnya.

Pada saya, permasalahan yg berlaku di kalangan ahli gerakan ini adalah salah faham akan konsep 'sir' dan 'hazar' itu sendiri. Di mana nak kena 'sir'nya, masa bila pula kena ber'hazar'.

Kadangkala, saya perhatikan gelagat ahli kita yg konon- kononnya sir la agaknya; sampai golongan mad'u pun tak berapa nak didekati. 

Walhal, adakah dgn bertegur sapa, bertanya khabar, menyebar risalah semata-mata nak sampaikan berita & wujudkan perhubungan yang baik dgn masyarakat sekitar; boleh menyebabkan rahsia gerakan terbocor? Inilah yg saya katakan salah kefahaman ahli itu.

Kadangkala, masalah2 ini berlaku bila mana ahli merasa dia akan dilabel orang sebagai 'pembangkang', 'org kuat parti tertentu' dan seumpamanya. 

Maknanya, sir yg konon2 kita nak jaga itu saya kira bukan untuk menjaga kemaslahatan gerakan nampaknya tetapi lebih kepada menjaga kepentingan diri & individu semata-mata.

memanglah 'sir' dan 'hazar' itu pnting. Kerahsiaan dan kwaspadaan sangat dipentingkan oleh Rasulullah sbgai strategi peperangan.
Sehingga ketika sebelum pristiwa Fathul Makkah(pmbukaan kota Mekah),Rasulullah merahsiakan drpada para sahabat, malah Aisyah sendiri tidak mengetahui untuk apa persiapan kelengkapan yang disediakan Rasulullah.

Bukan kerana tidak percaya pada sahabat dan isteri sndiri, tetapi itulah strategi..Dihantar Abu Qatadah mengetuai 8 sahabat ke Baitul Adam utk mengelirukan musuh.

Itulah sir dan hazar Rasulullah.Tapi,dalam kerahsiaan dan kewaspadaan,gerakan tentera Islam terdiri daripada 10 ribu sahabat bergerak dgn setiap sorang memegang obor api utk tujuan menggerunkan musuh, itu strategi dalam Kerahsiaan dan dalam kewaspadaan, Keberanian tentera Islam tetap terserlah...KERANA MEREKA YAKIN MEREKA MEMBAWA KEBENARAN..KERANA MEREKA YAKIN KEBENARAN ITU PASTI AKAN MENGALAHKAN KEBATILAN..itu ZAMAN RASULULLAH dan Para Sahabat...

Kita? 

Amilin akhir zaman ini..nak jdi yg mana? yg hanya ber'sir' dan 'hazar',tapi bersembunyi disebalik kebenaran atau kita nak jadi amilin yg mengamalkan sunnah Rasulullah yg sbenar2nya dalam ber'sir' dan 'hazar'? KETUK MINDA AHLI SYURA DAN TANYALAH KITA NAK JADI AHLI GERAKAN ISLAM YG MACAM MANA....WALLAHUA'AlAM...Aku brlindung kepada ALLAH Yg Maha Mencipta, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala isi hati...

P/S: Kepada ahli-ahli jemaah, bukalah minda dan hati ..Kalau tidak sampai bila tak akan maju..