Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gemilang dan riang gembira serta diiringi dengan paluan kompang dan gendang.
Pengantin perempuan sungguh cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki sungguh tampan dengan tuxedo hitam yang gagah, segak dan tampan.
Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka pasangan yang saling mencintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya.
“Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita.”, katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.”
“Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia….”
Suaminya bersetuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu, mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka masing-masing.
Keesokan pagi, ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.
“Saya akan mulakan dahulu ya..”, kata si isteri.
Lalu ia mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang di tulisnya, sekitar 3 muka surat.
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa air mata suaminya mulai mengalir….
“Maafkan saya abang, apakah saya harus berhenti?”, Tanya si isteri.
“Oh, tak mengapa… teruskanlah sayang…”, jawab suaminya.
Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali, melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia..
“Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis..”
Dengan suara yang perlahan, suaminya berkata ;
“Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu…”
“Abang menyayangi dan mencintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satu pun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku, sayang….”
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya…
Bahawa suaminya menerimanya dengan seadanya. Ia terus tunduk dan menangis…
“Abang, maafkan saya….”
Tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang negatif tentang pasangan kita. Terimalah dia seadanya….