Ya allah engkau mengetahui bahawa hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu,
Bersatu memikul beban dakwah Mu,
Hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat syariat Mu,
namun....

Ya Allah hati ini telah bergelumang dengan dosa.
Mengingati dia melebihi dari mengingatimu Mu.
Tinggalkan sunnah kekasihMu kerana cinta yg mmg buta n tuli ini.
Cinta yang penuh dengan mungkar.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatanya,
Kekalkan kemesraan antara hati ini akan jalan-Nya.
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Mu yang tidak akan malap.
Lapangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada Mu.

Maka kekalkanlah cintaku kepada Mu
Agungkanlah cinta suci ini
Pagari hatiku dengan hidayah Mu
Dari godaan sayaitan laknatullah yang direjam
tolong la aku ya Allah....

Hidup dan suburkanlah hati ini dengan makrifat tentang Mu.
Maka matikanlah pemilik hati ini seperti para syuhada dalam perjuangan maruah agama Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenanlah permintaan ini....tolong la dri in ya Allah..
hanya pada Mu aq mmnta...