Setiap tahun kita semua akan menyambut kehadiran zul hijjah...kepada jemaah haji yang sedang wukuf di Arafah semestinya merasakan nikmatnya berhari raya di sana (tanah suci ). 


bagi aku setiap hari raya haji yang akan disambut nanti menjadi pengukur terhadap satu peristiwa yang sangat memberikan kesan yang amat mendalam kepada jiwa aku.
tanggal 8 zulhijjah 1427h, aq telah kehilangan sebiji permata dalam hidupku.
nenekdaku yang amat ku kasihi telah kembali ke tempat di mana kita semua akan pergi juga nanti,
tetapi takdir menentukan beliau pergi dulu..
sejak kecil aku diasuhnya supaya menjadi insan yang bertakwadan menjadi anak yang soleh. selalu berdoa kepada Allah supaya aku menjadi anak yang soleh...
setiap perlakuan aku akan diperbetulkannya sehingga dikihat sempurna dimatanya, aku merasakan aku paling beruntung kerana akulah satu- satunya  cucu yang diasuhnya sejak kecil . neneknda selalu berpesan, dengar cakap ibu bapa, janagn menjadi anak derhaka, belajar bersungguh, jangan tinggalkan solat, selalu baca alquran...banyak berdoa...
semua itu masih terngiang- ngiang dalam ingatan aku ini.
walaupun neneknda sudah tiada , setiap pesanannya akan aku turuti.
.semoga berbahagia disana..-

-dari cucu tersayang-
p/s : selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat