Sejak dulu Lagi,
Jika ditanya kepadaku, siapakah ratu hatimu??
Aku menjawab seorang yang mencintai aku keranaMu,
Tapi masa itu aku masih kabur siapakah dia yang mencintaiMu.
Kini mungkin aku mendapat sedikit cahaya untuk aku meneka siapa kamu,
Agak sukar untuk aku mempercayai
Rupanya hatiku terdetik rindu kepdamu,
Mungkin ini takdir yang menjadi penentu,
Walaupun selalu kau aku ketemu,
Rupanya ini sudah ditentu,
Aku terima saja segalanya.
Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu akhowat yang gemilang, kerana diri ini perwira dengan silam yang kelam.
Yang dia nantikan, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Andai dia pilihanku tepat, ini adalah pilihan keranaMu, bukan kerana nafsu.
Andai bukan dia pilihanMu, akan ku tunggu ketentuanMu, kerana Kau maha bijaksan dalam mengatur segalanya....

p/s : entry terjiwang sikit tengah- tengah pagi buta ni..da tak boleh nak tidoq sebab termimpi sesuatu yang indah. mood : happy