Soalan 1: Mahasiswa  patut focus pada study. Nak politik lepas belajar lah dik.

Jawapan : Okey. Tapi kenapa mesti pr dan lain2 parti sahaja yang kena ikut peraturan ni. Apasal mahasiswa pro bn dibenar berpolitik? Ini undang2 berat sebelah pak cik.

Soalan 2 : Logik lah dik. BN parti pemerintah. Takan dia nak izin orang berpolitik balon dia pula kan.

Jawapan : Ikut logik akal ka pak cik. Tapi kalau ikut logik undang2, ni salah pak cik. Kalau  sungguh pak cik nak larang mahasiswa berpolitik maka buat betul-betul. Halang suma sekali, jangan halang separuh- separuh saja. Bila pak cik sendiri bersikap biasa dalam melaksankan undang- undang, macam mana pak cik nak harap orang pandang pak cik sebagai pihak yang adil? Ini tidak mungkin lah kan.

Apabila sebut pasal politik, ada beza yang jelas antara pihak kerajaan dengan  pihak bn. Kerajaan tak boleh buat undang2 terpilih dan bias. Tak kira apa status politik rakyat, sebagai kerajaan mereka kena layan sama  adil sebab dia kerajaan dan kita rakyat. Dia tak boleh pilih rakyat, tapi rakyat boleh pilih kerajaan. Yang ni ada yang masih tak paham ka?

Mahasiswa apa la yang hampa pandai sangat dalam berpolitik ni kan...

OK, sekarang aku nak hampa tolak tepi soal mahasiswa, atau orang dewasa yang dah bekerja. Kita letakkan diri kita sebagai MANUSIA.

Apa tugas kita sebagai khalifah kat muka bumi ni? Untuk saling nasihat, saling mengingati antara satu sama lain, tanpa mengira umur. Betol kan?


Soalan aku untuk hampa ni..

Jika seorang anak tahu ayahnya buat kesalahan. Adakah dia patut diam, dan biarkan saja ka kesalahan ayah dia tu? Tak perlu tegur? Atau..

Jika seorang remaja sedar yang orang dewasa buat silap, dan bagi kesan dalam pentadbiran negara. Adakah remaja tersebut patut duduk diam je?

Kalau kita di situasi di atas. Apa yang kita buat? Mesti la kena tegur jugak kan? Sebab itu adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ni dan seorang mahasiswa pon berada dalam golongan khalifah Allah juga kan.

" Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan)". (Al-Imran- 104:3)

Nak tegur pemimpin secara terus, memang agak mustahil. So, platform apa je yang tinggal untuk tukar pemimpin yang korupsi? Jawapannya, politik dalam parti.

Jadi, masih salahkah mahasiswa tu berpolitik? Korang sendiri tau jawapannya. =)